Pandai, Bad Boy Atau Mat Skema? 5 Watak Projek: Anchor SPM, Anda Mana Satu?
04/03/2021 12:50 MYT
Biarpun belum ditayangkan, drama bersiri premium Astro Originals, Projek: Anchor SPM terus menjadi perbualan ramai khususnya netizen di media sosial.
Antara yang menjadi perbualan penonton adalah kekuatan karakter yang bakal ditampilkan dalam drama ini.
Tambahan pula ia dilakonkan oleh pelakon hebat termasuklah Aedy Ashraf, Daiyan Trisha, Adlin Aman Ramli serta beberapa pendatang baru seperti Shasha Abedul, Nadhir Nasar dan Chubb-E.
Persoalannya dalam banyak-banyak watak, mana satu yang paling dekat menggambarkan diri anda?
#1 Aedy Ashraf (Aizat Abdullah)
Popular, bad boy dan menjadi dambaan ramai gadis. Adakah anda seperti Aizat?
Aizat merupakan pelajar yang cool dan sentiasa menyayangi insan yang rapat dan mengenali dirinya.
Dia hebat dan terkenal sebagai seorang pemain rugbi yang ramah namun menyimpan pelbagai rahsia besar.
Aizat walaubagaimanapun mempunyai masalah dalam bidang akademik, sekali gus membuatkan dia terdesak meminta bantuan Aaidaa.
#2 Daiyan Trisha (Aaidaa)
Cantik, bijak dan menjadi idola ramai! Itulah watak Aaida.
Setiap sekolah pasti ada seorang pelajar yang hidupnya hanyalah untuk belajar dan sentiasa dapat A dalam semua subjek bukan?
Aaidaa mewakili pelajar bijak pandai, namun terpaksa melalui kehidupan tertekan apabila ayahnya meletakkan harapan yang terlalu tinggi padanya.
Aaidaa juga terpaksa menjaga adik tirinya Jaja.
#3 Nadhir Nasar (Helmi)
Masih ingat lagi bagaimana perwatakan pengawas sekolah atau wakil pelajar?
Yes, Helmi adalah karakter yang cukup sempurna menggambarkan wakil pelajar ini.
Helmi jauh sekali untuk terlibat dalam apa-apa isu displin.
Namun adakah ‘tembok’ itu akan dipecahkan menerusi Projek Anchor SPM?
#4 Shasha Abedul (Jaja Zubi)
Perwatakan yang simple, comel, ceria tapi gagal dalam akademik? Mungkin ramai seperti Jaja, mungkin juga tidak.
Jaja merupakan adik tiri kepada Aaidaa dan dia merupakan anaki kesayangan bapanya.
Jaja juga mudah marah dan paling ketara, dia sentiasa bergantung harap bantuan kakaknya dalam pembelajaran.
#5 Chubb-e (Botol)
Santai, berbakat dalam muzik, pemain rugbi dan tidak sukakan pergaduhan. Anda seperti Botol
Watak Botol nampak mudah dan cool namun terdapat satu kisah misteri tentang pelajar ini.
Botol dikatakan sebagai seorang yang tidak sukakan pergaduhan tetapi sejenis yang suka hanya mengikut atau mengekori rakan baiknya.
Jadi di antara lima watak ini, anda yang mana satu?
Untuk makluman, Projek: Anchor SPM mengisahkan tentang sekumpulan pelajar tingkatan lima di Sekolah Tengku Isa Anuar (STIA) di Cameron Highlands, yang merupakan sebuah sekolah berasrama penuh berprestij.
Isu mula tercetus apabila Aizat lakonan Aedy Ashraf terdesak cuba mencari jalan mendapatkan keputusan 8A dalam peperiksaan percubaan SPPM.
Aizat akhirnya berjaya bersekongkol dengan Aaidaa (Daiyan Trisha), dan menghasilkan sebuah pelan untuk membantu rakan- rakan seluruh tingkatan mereka cemerlang SPM melalui strategi meniru besar-besaran.
Drama ini turut dilakonkan oleh Nadhir Nasar (Hilmi), Chubb-E (Botol), Shasha Abedul (Jaja) serta nama-nama besar dalam industri seni tempatan seperti Adlin Aman Ramlie, Hasnul Rahmat Tony Eusoff dan Susan Lankester.
Apapun, saksikan ‘Projek: Anchor SPM akan ditayangkan di saluran Astro Citra pada jam 9.00 malam, bermula 15 Mac ini.
Untuk pilihan alternatif, anda juga boleh strim di platform Astro GO atau On Demand. Ikuti info dan klip-klip menarik menerusi akaun Instagram, Facebook, Twitter Astro Gempak dan Astro Shaw.