Hiburan

“Pandai Dia Buat Kita Serba Salah Eh!” - Kemunculan Penasihat KWSP Elya Buat Ramai Netizen Terhibur!

gempak
Hanafis Haris
21/12/2020
07:02 MYT
Sponsor Banner
“Pandai Dia Buat Kita Serba Salah Eh!” - Kemunculan Penasihat KWSP Elya Buat Ramai Netizen Terhibur!
Bermulanya hari ini orang ramai yang terdiri daripada kategori pertama sudah boleh membuat permohonan i-Sinar Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP).
Kriteria bagi kategori 1 adalah ahli yang tiada caruman dengan KWSP sekurang-kurangnya selama dua bulan berturut-turut semasa permohonan atau ahli yang masih bekerja tetapi telah mengalami pengurangan gaji pokok sebanyak 30 peratus dan ke atas selepas Mac 2020.

Bagi kategori ini, tiada dokumen sokongan diperlukan, malah kelulusan secara automatik berdasarkan data dalaman KWSP.

Namun, dalam pada ramai yang berkongsi fakta mengenai KWSP kategori 1 ini, satu karakter yang muncul pada laman web KWSP telah menarik perhatian ramai.

Malah, karakter dikenali sebagai Elya ini telah trending di beberapa platform media sosial.

Difahamkan, karakter ini muncul sebagai penasihat KWSP dan bertugas untuk mengingatkan orang ramai supaya berfikir dahulu sebelum membuat pengeluaran.

“Hai saya Elya, penasihat online KWSP.

“RM10,000 ini dianggarkan akan berganda kepada RM23,699.19 jika disimpan sehingga umur anda 55 tahun,” katanya.

Tinjauan Gempak di Facebook mendapati orang ramai terhibur dengan kemunculan Elya.

Kebanyakan mereka menganggap karakter tersebut sengaja dicipta untuk membuatkan pencarum serba salah untuk memohon pengeluaran.

“Pandai eh hujung-hujung keluar Elya”

“Nak bagi kita serba salah ke, sorry”

“Hahah lawak la tiba-tiba muncul Elya ni,” kata beberapa netizen.

Untuk rekod, status permohonan akan dimaklumkan kepada ahli dalam masa dua hingga tiga minggu selepas permohonan dibuat dan pembayaran akan dilaksanakan sebelum akhir bulan berikutnya, selepas kelulusan diberi.

Untuk kategori dua, orang ramai boleh membuat permohonan pada 11 Januari.

Pencarum kategori ini meliputi ahli yang masih bekerja tetapi mengalami pengurangan pendapatan keseluruhan sebanyak 30 peratus dan ke atas, termasuk pengurangan gaji dan elaun, atau pemotongan tuntutan kerja lebih masa selepas Mac 2020.

Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Non Stop Live