Laman Utama

“Pandai, Handsome! Besar Dah..” - Yusuf Iskandar Bijak Sebut Bahasa Mandarin, Buat Netizen Cair

gempak
Azwa Rahman
12/10/2022
14:40 MYT
Sponsor Banner
“Pandai, Handsome! Besar Dah..” - Yusuf Iskandar Bijak Sebut Bahasa Mandarin, Buat Netizen Cair
Anak kepada pasangan selebriti Hairul Azreen dan Hanis Zalikha, Yusuf Iskandar mencuri tumpuan ramai apabila sudah boleh beberapa patah bahasa Mandarin selepas mengikuti beberapa kelas di sekolah.
Menerusi laman sosial Instagram ibunya, Yusuf memaklumkan sendiri dia kini sudah pandai menyebut beberapa perkataan seperti nombor, pakaian, menyapa seseorang dan menyebut ahli keluarga.
“Untuk yang bertanya, Yusuf dah kena belajar bahasa Mandarin. Kami tak mampu nak tolong Yusuf dengan subjek wajib dia yang satu ni.
“Tak sampai hati tengok dia sendirian menggagau belajar bahasa cina, tambahan pula dia budak baru. Kawan recommend Fasih Mandarin, teruslah sign him up. Baru nampak better progress dan bila dia buat homework sekolah, adalah yang guide dia. Masyallah alhamdulillah,” tulis Hanis di ruangan kapsyen.
Sementara itu di ruangan komen, rata-rata wargamaya memberikan pujian terhadap sebutan bahasa Mandarin Yusuf yang berbunyi jelas.
Dalam pada itu, keputusan Hanis untuk menghantar Yusuf mengikuti kelas Mandarin juga menjadi inspirasi untuk ibu bapa lain.
“Pandainya dia, rasa nak belajar bahasa Mandarin juga,” komen seorang wargamaya.
“Yusuf dah besar la, dah cakap Mandarin dah dia,” ujar seorang wargamaya.
“Bagus sebutan dia, macam kanak-kanak Cina juga,” puji seorang wargamaya.
“Handsomenya abang Yusuf ni, besar dah dia,” kata seorang wargamaya lagi.
Sehingga kini, perkongsian tersebut telah menerima hampir setengah juta tontonan oleh pengikutnya.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Non Stop Live