Jom undi InilahHeroKITA 2024 yang memberikan inspirasi melalui media sosial sekarang! 

Pandai Sorok! Dalam Diam Rupanya Dah Dua Tahun Jinwoon Bercinta Dengan Kyungri

Mya Amri
13/11/2019 15:33 MYT
Pelakon dan anggota kumpulan 2AM, Jinwoon dilaporkan bercinta dengan bekas anggota kumpulan NINE MUSES, Kyungri.
 
Berita itu disahkan sendiri oleh agensi pengurusan Jinwoon, Mystic Story hari ini.
 
“Memang benar, Jeong Jinwoon sedang menjalinkan hubungan cinta bersama Kyungri. Di sini kami ingin mengumumkan berita mengenai perkara itu.
 
“Jinwoon dan Kyungri telah bekerjasama dalam pelbagai program bersama-sama dan telah secara tidak langsung mereka berdua menjadi rapat antara satu sama lain.
 
“Mereka berdua telah menjalinkan hubungan cinta sejal penghujung tahun 2017. Kami hara panda semua merestui hubungan pasangan ini. Teruskan menyokong Kyungri dan juga Jinwoon yang bakal menamatkan latihan khidmat tenteranya tidak lama lagi,” jelas wakilnya.
 
Terdahulu, Jinwoon sebelum ini pernah menjalinkan hubungan cinta dengan bekas anggota kumpulan Wonder Girls Yenny (HA: TFELT) pada awal 2014.
 
Bagaimanapun hubungan mereka dilaporkan berakhir selepas empat tahun bercinta.
#Artis Korea #Jinwoon #Kyungri