Layan Gempak Non-Stop Live hari ini selama 12 jam! Kumpul kata kunci & menang hadiah menarik di sini
Laman Utama

“Pandai-Pandailah ‘Nego’…”- Ozlynn Pantang 100 Hari Bersama Suami

Syafiqah Jalal 07/10/2021 | 08:42 MYT
Pelakon Ozlynn memberitahu dia akan mengamalkan pantang selepas bersalin lebih 44 hari untuk mendapatkan kesegaran serta tubuh dan bertenaga kembali.
Malah selepas tiga bulan melahirkan anak secara normal dia bakal melakukan senaman ringan untuk menjaga bentuk tubuhnya.
“Biasanya, selepas habis pantang 44 hari aku masih lagi berpantang, pantang makanan sejuk, frozen, fastfood, air kordial, air gas, air tin..
“Selalu bersalin normal lepas tiga bulan aku akan slowly workout yang ringan-ringan. Cardio dan yang boleh merenggangkan serta menegangkan balik tubuh yang lembik.. kalau bersalin secara c-sect pon aku ada pengalaman.. Selepas 6 hingga 8 bulan baru boleh start workout manja-manja dan hasilnya baby nak masok 10 hingga12 bulan perut aku dah tegang balik..,” katanya.
Isteri kepada pelawak Johan Raja Lawak itu berkongsi pengalaman berpantangnya di akaun Instagram miliknya.
Selain itu, Ozlynn juga turut memberi tips penjagaan berpantang buat ibu yang melahirkan secara pembedahan.
“Pakai girdle sape yang czer, sebab bagus support perut supaya tak banyak bergegar bila kita bergerak..
“Luar yang jahit atau tampal dah kering tapi yang dalam lemak isi yang dijahit dalam tu belom tentu dah kering atau sihat ya..
“Pakai bengkung yang support untuk pinggang tu pon boleh pakai untuk yang czer dan tolong jaga pemakanan..,” nasihatnya lagi.
Tambah Ozlynn dia sangat menjaga kesihatan dalaman dan luaran tubuhnya selepas melahirkan anak dan bakal mengambil pakej berpantang meskipun tempoh yang sepatutnya sudah tamat.
Dalam pada itu, Ozlynn turut memberitahu seelok-eloknya kaum hawa berpantang untuk bersama suami selepas tempoh 100 hari bersalin.
“Jadi kaum hawa, pantang dengan laki pon kalau boleh biar la lepas 100 hari.. pepandai la nego (berunding) dengan suami paling tak pon 44hari kan..
“Suami yang baik akan support untuk jaga kesihatan isteri.. Saya cuti lama…buat kaum hawa jangan stress if ada perubahan pada bentuk tubuh kita..,” tambahnya lagi.
Ozlynn baru sahaja melahirkan anak keenamnya pada 3 September lalu.
Untuk rekod, Ozlynn dan Johan berkahwin pada 25 Julai 2009 dan dikurniakan lima cahaya mata iaitu Ariq, Sodiq, Haziq, Cantiq dan Moleq

A post shared by Johan & Ozlynn (@jozlynnhanania)

#Anak #Bersalin #Suami #Bayi #Ozlynn #Berpantang #Bersama
;