Laman Utama

Pandalela Rinong Raih Gangsa Di Kejohanan Dunia, Budapest

gempak
Shahrin Zulkifle
28/06/2022
04:50 MYT
Sponsor Banner
Pandalela Rinong Raih Gangsa Di Kejohanan Dunia, Budapest
Ratu terjun negara Datuk Pandalela Rinong Pamg terus mengharumkan nama Malaysia di pentas antarabangsa selepas meraih pingat gangsa acara 10 meter (m) platform wanita Kejohanan Dunia 2022 di Budapest, Hungary, pagi tadi.
Kejayaan itu menyaksikan Pandalela menyamai pencapaiannya pada Kejohanan Dunia 2015 di Kazan, Rusia dan memperbaiki kedudukan kelima yang diraih pada edisi 2019 di Gwangju, Korea Selatan.
Telah berlangsung di Arena Duna, penerjun berusia 29 tahun itu berjaya mengumpul sebanyak 338.5 mata dalam keseluruhan lima terjunan untuk memastikan kedudukan podium dalam genggamannya.
Pingat emas dimenangi oleh atlet dari China, Chen Yuxi yang juga merupakan pemenang Juara Dunia 2019 dan pemenang pingat perak Sukan Olimpik Tokyo 2020 sementara rakan senegara yang juga pemenang pingat emas Sukan Olimpik Tokyo, Quan Hongchan membawa pulang perak.
Pandalela bakal turun sekali lagi untuk beraksi dalam acara 10m platform seirama wanita bergandingan bersama Nur Dhabitah Sabri Khamis ini sekaligus dalam usaha mempertahankan pingat perak yang dimenangi bersama pasangan terdahulu, Datuk Leong Mun Yee pada 2019.
Sumber - Bernama
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Non Stop Live