Aktor kacak Remy Ishak mencuri perhatian ramai apabila cuba melakukan pick up line terhadap seorang petugas kesihatan ketika sedang mengambil ujian saringan COVID-19.

Menerusi laman sosial Instagram, Remy atau nama sebenarnya Mohammad Zalimei Ishak, 39, memuat naik video tersebut untuk tatapan umum.

“Tadi pergi @kumpulan_megaklinik_zahran area Bandar Baru Bangi buat swab test. Terima kasih kepada seluruh tenaga kerja di klinik kak long dan abang long.

A post shared by Remy Ishak (@remyishak)


“Berbudi bahasa dan sangat tertib staffnya. Semoga terus mendapat keberkatan dan dilindungi dari penyakit COVID-19. Amin,” tulis Remy menerusi ruangan kapsyen.

Menerusi perkongsian berdurasi satu minit itu, Remy mengambil ujian di bahagian mulut dan hidung sempat mengusik seorang petugas kesihatan yang memintanya untuk memandang ke arah depan sebelum sampel diambil.

“Pandang awak je tak boleh?” usik Remy sewaktu diminta berbuat demikian.

Hasil tinjauan Gempak di ruangan komen, ramai wargamaya yang terhibur melihat usikan Remy yang kelihatan gementar sebelum ujian saringan dilakukan.

Malah, ada yang turut memuji sikap profesional petugas kesihatan terbabit dalam menjalankan tugas walaupun diusik selebriti terkenal tanah air.

Abam pancing, tak keruan akak misi,” usik seorang wargamaya.

Bagusnya staff klinik ni, professional. Jumpa artis buat relaks je,” puji seorang wargamaya.

“Bertuah betul yang ambil swab tu,” kata seorang wargamaya.

“Kalau saya jadi nurse pun saya buat tak kenal. Sekarang zaman orang suka kecam kata tak profesional semasa kerja,” luah seorang wargamaya.

“Sempat eh menggatal, hahaha. Kalau polis cakap macam tu “pandang awak je tak boleh?” terus kena gantung tugas,” komen seorang wargamaya lagi.

Sehingga kini, video tersebut telah meraih hampir 350,000 tontonan daripada pengikutnya.