Pandelela Rinong Bangga Prestasi Atlet Muda, Akui Bergelut Dengan Masalah Jet Lag Di Birmingham
Azwa Rahman
09/08/2022 09:21 MYT
09/08/2022 09:21 MYT
Atlet terjun negara Datuk Pandelela Rinong meluahkan rasa bangga melihat prestasi atlet terjun negara yang berjaya melakar kejayaan di Sukan Komanwel Birmingham 2022.
Jelas anak kelahiran Sarawak yang membuat penampilan kali keempat di Sukan Komanwel itu, masanya akan tiba untuk barisan penerjun negara menyerlah sekaligus menjadi pelapis kepada atlet berstatus senior sepertinya.
"Saya gembira dengan gandingan kami terutama Jellson yang saya bekerjasama dan bertanding di sini (Sukan Komanwel) buat kali pertama.
"Dia beraksi dengan baik walaupun mengalami kecederaan. Tapi, saya amat bangga dengan pasukan terjun Malaysia, terutamanya penerjun muda yang beraksi dengan baik kali ini.
"Ini hanyalah permulaan, masanya akan tiba nanti. Kadangkala, anda perlu mengalami pengalaman naik dan turun untuk mendorong anda ke hadapan," katanya menerusi satu hantaran di Twitter.
Dalam pada itu, Pandelela juga mengakui dirinya bergelut dalam acara individu kerana berdepan beberapa masalah seperti Jet Lag.
“Ia satu pengalaman yang merendahkan diri, tiada pingat untuk dibawa pulang kali ini.
“Saya akui saya bergelut dalam acara individu pada hari pertama. Sebab fizikalnya saya tidak 100% fit. Saya tak dapat menyesuaikan diri dengan waktu tempatan,” jelasnya lagi.
Sementara itu di dalam ciapan yang sama, Pandelela turut berterima kasih kepada semua pihak yang kekal memberi sokongan kepadanya terutama barisan jurulatih serta rakan sepasukannya yang sentiasa memberi sokongan moral.
"Anda adalah sumber motivasi saya untuk terus menjadi penerjun. Saya akan membalas budi anda pada pertandingan saya yang seterusnya," katanya.
Ini kali pertama Pandelela tidak dapat meraih sebarang pingat di Sukan Komanwel sejak penyertaannya kali pertama di New Delhi 2010.