Laman Utama
Pandelela Rinong Kongsi Pengalaman Jurulatih Suka Buat Lawak Lucah - “Saya Pernah Tegur Dia, Tapi Saya Kena Buli..”
Atlet terjun negara Datuk Pandelela Rinong mendedahkan dia pernah dibuli oleh seorang jurulatih selepas menegur sikap individu berkenaan yang sering membuat lawak berbaur lucah.
Menurut Pandelela, dia terpaksa mendiamkan diri atau berpura-pura ketawa setiap kali jurulatih itu membuat lawak sedemikian kerana bimbang dan berasa takut.
Menerusi laman sosial Twitter, Pandelela tampil berkongsi pengalamannya berdepan jurulatih tersebut.
Advertisement
“Dulu saya ada seorang coach ni suka buat lawak lucah, saya buat diam je tak pun fake laugh sebab takut dia (jurulatih).
“Pernah sekali tak tahan saya tegur dia, tapi kena buli balik. 7 tahun kemudian dia buat kes rogol,” kata Pandelela.
Tambah pemenang pingat perak Olimpik Rio 2016 itu lagi, sepanjang tujuh tahun bersama jurulatih tersebut, mereka sebagai atlet tidak boleh berbuat apa-apa.
“Sebab backup besar dia adalah head coach kami sendiri. Moral of the story, we need a good leader who can right what’s wrong instead of turning a blind eye to evil, and those abused must speak up please! Small voices still matter if we are united.
“We are very lucky that we are being protected safely by our sport association, who cares for us. Happy ending,” ujarnya lagi.
Sementara itu di ruangan komen, rata-rata wargamaya memuji tindakan anak kelahiran Sarawak itu yang tampil bersuara dan berkongsi pengalamannya bersama umum.Dulu saya ada seorang coach ni suka buat lawak lucah, saya buat diam je tak pun fake laugh sebab takut dia. Pernah sekali tak tahan saya tegur dia, tapi kena buli balik. 7 tahun kemudian dia buat kes rogol. #rapejokeisnotfunny— Pandelela Rinong (@Pandelela_R) October 21, 2021
Tidak hanya itu, ramai juga yang memberikan sokongan kepada Pandelela untuk terus kuat berdepan segala cabaran.
“it always starts off like that. it starts off as a "joke" and then it only goes downhill for them from that point on. I'm sorry that happened to you,” komen seorang wargamaya.
“Thank you for sharing your experience and to start an awareness conversation, calling out publicly of this sort of behaviour. It is appalling. Rape (jokes) shouldn’t be normalise,” kata seorang wargamaya.
“Siapa yang tak gelak, dianggap atau dipandang pelik, sedangkan diorang yang pelik sebenarnya. Dah lah tak tahu mana point lawaknya, lawak lucah pulak tu,” ujar seorang wargamaya.
“Cikgu pun biasa buat lawak lucah ni. Takleh la weh, everything nak kaitkan dengan seks, fikir tu je kot hari hari,” luah seorang wargamaya.
“Lawak lucah ni memang dah sebati dalam society. Kalau ada yang buat dekat aku, aku buat blur dan ignore je. TAK LAYAN LANGSUNG. Biar orang kata sombong ke janji tak layan kepala jantan bodoh gila seks yihhh,” tulis seorang wargamaya lagi.
Sehingga kini, perkongsian Pandelela itu telah mendapat hampir 16,000 ulang ciap dan 20,000 tanda suka daripada warga Twitter.
Must-Watch Video