,
Laman Utama

Pandemik Bukan Penghalang! Larney Sambut Merdeka & Hari Malaysia Dengan Pelancaran Koleksi Eksklusif, Pelitup Muka Pun Ada?

Hanafis Haris
09/09/2021
13:38 MYT

Enggan mengalah dengan ‘kehambaran’ ekonomi kesan daripada pandemik Covid-19, jenama fesyen tempatan Larney nekad untuk kembali bangkit dengan koleksi terbaru yang lebih segar!

Cukup terkenal dengan dengan rekaan sofistikated dan feminin, Larney kini menampilkan koleksi bersempena dengan sambutan bulan kemerdekaan dan hari Malaysia menerusi koleksi The Revived Pleats.

Menurut pengasasnya, Zura Zabidi, koleksi The Revived Pleats dilancarkan untuk meraikan Hari Kemerdekaan dan Hari Malaysia yang disambut pada 31 Ogos dan 16 September setiap tahun.

“Tempoh hampir dua tahun ini amat sukar bagi kebanyakan penduduk dunia dan Malaysia tidak terkecuali.

“Dengan menggabungkan DNA jenama Larney yang dibina atas rekaan yang sentiasa segar dan ‘vibrance’ dan pada masa sama melihat ketabahan negara, kekuatan dan kesabaran rakyatnya, koleksi ini bolehlah dikatakan sebagai mewakili semangat patriotik terhadap negara Malaysia.

“Lebih-lebih lagi, September sering dikatakan sebagai bulan permulaan kalendar fesyen dunia. Saya beranggapan bahawa ia adalah masa yang sangat sesuai untuk mengeluarkan koleksi ini,” katanya.

Tambahnya, terdapat tiga rekaan dress kain berlipat (pleated dress) dalam seleksi 12 warna yang hebat.

“Kami telah membuat beberapa penambahbaikan kepada perincian pleats yang digunakan dan kesemuanya dihasilkan kemas oleh pasukan tukang jahit Larney seramai 13 orang kesemuanya.

“Dress dan pelitup muka dijual berasingan. Dinamakan Freedom Pleated Face Mask, kami menghasilkan tiga rekaan dengan pilihan normal ear loops atau head loops yang sesuai untuk kalangan hijabi atau bertudung.

“Walaupun pelitup muka dari koleksi ini adalah berpadanan warna dengan dress yang kami hasilkan, pelitup muka ini adalah juga sesuai digunakan oleh lelaki,” katanya.

Helaian hebat daripada koleksi ini boleh didapatkan dari laman sesawang www.larney.com.my.

Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Hiburan

Faizal Tahir Teruja, Diundang Sebagai Artis Jemputan Konsert Siti Nurhaliza & Judika - "Ini Penghormatan Besar"

gempak
14/11/2024
21:00 MYT
Penyanyi dan penulis lagu tersohor, Faizal Tahir, akan menjadi artis jemputan bagi konsert yang dinantikan ramai, The Journey of Sound, yang menampilkan ikon muzik Malaysia, Datuk Seri Siti Nurhaliza, dan penyanyi ternama Indonesia, Judika.
Viral

35 Maut, 45 Cedera Warga Emas Amuk Kerana Bercerai

gempak
14/11/2024
15:44 MYT
China dikejutkan dengan insiden yang disifatkan antara terburuk dalam tempoh sedekad selepas 35 maut dan 45 cedera selepas seorang warga emas ‘mengamuk’.
Hollywood

Dwayne Johnson Kencing Dalam Botol, Datang Lambat Ke Lokasi Penggambaran

gempak
14/11/2024
13:55 MYT
Aktor Dwayne Johnson atau juga dikenali sebagai The Rock mengaku pernah bersikap buruk dan kurang sopan saat menjalani penggambaran filem.
Gaya Hidup

Hebat! Rizalman Ibrahim Terima Lantikan Akademik Kedua, Kini Profesor Adjung Akademi Pengajian Islam, Universiti Malaya

gempak
14/11/2024
09:44 MYT
Pengasas Kumpulan Syarikat Rizalman Ibrahim (RIC) dilantik sebagai sebagai Profesor Adjung di Akademi Pengajian Islam, Universiti Malaya.
Hiburan

Jefri Nichol Dedah Bahagian Tubuh Wanita Yang Buat Dirinya Turn On, Okay Tiduri Kekasih Sebelum Kahwin

gempak
13/11/2024
14:55 MYT
Aktor Jefri Nichol baru menimbulkan sensasi apabila mengaku sudah tidur dengan lebih 20 wanita meski belum pernah berkahwin.
Unitar