Pandemik Bukan Penghalang! Lelaki Ini Mulakan Kayuhan Solo Fatbike Kelilingi Semenanjung!
Asraf Aided
14/01/2022 05:36 MYT
14/01/2022 05:36 MYT
Penjelajah Solo Negara, Khairil Aslan Ab Rasid telah memulakan siri Kayuhan Solo Fatbike Mengelilingi Semenanjung pada 13 Januari 2022 selama 40 hari dan dijangka berakhir di Puchong.
Kayuhan solo itu dimulakan dalam upacara Flag Off di Pejabat Urusan Ana Global Ventures, Greenwood, Gombak semalam.
Menurut Aslan, meskipun pandemik COVID-19 melanda dua tahun sebelum ini dan membataskan aktiviti pengembaraannya, namun ia tidak mematahkan semangat untuk terus melaksanakan tanggungjawab sebagai pengembara sepenuh masa.
"Sejak pandemik melanda, saya sentiasa berfikiran positif, dua tahun kita dilanda wabak COVID-19 sebenarnya memberi peluang kepada saya untuk berehat, selama ini saya tak pernah berehat, sentiasa sibuk dengan pelbagai ekspidisi dan pengembaraan.
"Sekarang kita sudah ada kelonggaran, walaupun saya sudah agak lama tidak mendaki dan sebagainya ketika pandemik, namum momentum itu ada, inilah jiwa saya sebagai pengembara sepenuh masa.
"Saya letakkan tanggungjawab yang cukup besar sebagai seorang rakyat Malaysia, sama juga seperti orang lain yang bekerja, inilah kerja saya," katanya pada Khamis.
Kata Aslan, kelainan kayuhan solonya kali ini adalah cabaran menggunakan basikal jenis Fatbike yang lebih berat berbanding kebanyakan basikal lain.
"Saya sudah lakukan kayuhan di Semananjung Malaysia sebanyak dua atau tiga kali sebelum ini, tapi kelainan kali ini adalah saya mengayuh basikal Fatbike, sejenis basikal yang tak berenjin dan berat.
"Namun bagi saya, berat atau ringan itu adalah satu subjektif, yang penting apa yang kita mahukan, kita tumpu perhatian sepenuhnya," katanya lagi.
Penjelajahan solo itu akan menyaksikan Aslan mengayuh Fatbike sejauh lebih kurang 2,200 kilometer dengan 55 pit stop selama 40 hari.
Siri kayuhan ini merupakan antara misi pemanas badan sebelum memulakan pendakian Projek G3 8000ers 2023, latihan untuk projek berkenaan dan pengenalan kepada basikal yang pernah digunakan semasa merentasi Chadar Glasier, Utara India pada suhu -35C.
Misi ini mendapat tajaan daripada Kumpulan Ana Global Ventures menerusi dua anak syarikat, EZMeals MRE dan Qaseh Health Resources (QHR) yang akan turut bersama dalam penjajahan ini.