Berita

Pandemik COVID-19 Punca Keganasan Rumah Tangga Meningkat

gempak
Syafiqah Jalal
06/04/2020
06:57 MYT
Sponsor Banner
Pandemik COVID-19 Punca Keganasan Rumah Tangga Meningkat
Setiausaha Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) António Guterres menggesa agar kerajaan seluruh dunia mengutamakan keselamatan wanita ketika melaksanakan perintah kawalan pergerakan (PKP) bagi mengekang penularan COVID-19.
“Keganasan bukan sahaja berlaku di medan perang.
“Bagi ramai wanita, ancaman itu wujud di satu-satu tempat yang sepatutnya melindungi mereka - di rumah sendiri,” kata Guterres dalam satu perutusan khas.
“Saya membuat rayuan baharu supaya keamanan diwujudkan di rumah-rumah seluruh dunia,” katanya.
Katanya, perintah berkurung dan kuarantin semestinya perlu dilaksanakan bagi mengekang penularan koronavirus.
“Namun, ini boleh memerangkap wanita bersama pendera di rumah,” tambahnya lagi Tambah Guterres, ketakutan dan kegusaran mengenai tekanan ekonomi dan sosial sejak kebelakangan ini menyebabkan keganasan rumah tangga meningkat secara mendadak di seluruh dunia.
Ekoran itu, jumlah panggilan ke talian bantuan turut meningkat di beberapa negara.
Malaysia menyaksikan peningkatan sebanyak 57 peratus, iaitu 1,893 panggilan, ke Talian Kasih Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) sejak PKP dilaksanakan. Menurut PBB, keadaan serupa dicatatkan di Lubnan sejak tercetusnya pandemik COVID-19.
Di China, panggilan meningkat tiga kali ganda, sementara di Australia, enjin carian seperti Google menyaksikan peningkatan paling tinggi untuk carian berkaitan bantuan keganasan rumah tangga dalam tempoh lima tahun yang lalu.
Sebelum pandemik COVID-19 tercetus, statistik PBB menunjukkan bahawa satu pertiga daripada wanita di seluruh dunia pernah mengalami keganasan.
Pada 2017, 87,000 wanita dibunuh secara sengaja, dan lebih separuh daripada mereka dibunuh oleh pasangan intim atau rapat.
Pada Sabtu, KPWKM menafikan terdapat peningkatan kes keganasan rumah tangga direkodkan melalui Talian Kasih walaupun terdapat peningkatan dalam panggilan yang diterima.
Sumber: Astro Awani
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Non Stop Live