Pandu Laju Ferrari, Justin Bieber Didakwa Membahayakan Jiran

Syafiqah Jalal
Januari 17, 2017 10:08 MYT
Penyanyi popular Justin Bieber dilaporkan telah mengganggu serta membahayakan jiran tetangga apabila memandu kereta mewah jenama Ferrari dengan laju di kawasan kediamannya.
Menurut laporan The Guardian, penyanyi lagu Love Yourself itumempunyai sikap yang tidak disenangi oleh jiran tetangganya apabila sering menganggu ketenteraman awam.
Perkara itu membuatkan pasangan suami isteri di kawasan jiran tetangganya menegur perbuatan penyanyi itu kerana ia akan membahayakan keselamatan anak-anak kecil di kawasan berkenaan
Bieber kemudian dikatakan tidak mengendahkan perkara itu dan meminta pengawalnya menghalau pasangan berkenaan.
Dia juga dituduh meludah dan mengancam untuk membunuh jirannya itu.
Perkara tersebut telah dilaporkan kepada pihak berkuasa dan dibawa ke mahkamah
Sumber: The Guardian
#Penyanyi #Hollywood #Justin Bieber #Penyanyi #Hollywood