Pandu Melulu, Pemuda 21 Tahun Ditahan Lepas Langgar Empat Sekeluarga
Maliah Surip
13/12/2023 07:55 MYT
13/12/2023 07:55 MYT
Seorang pemandu paduan empat roda berusia 21 tahun ditahan polis selepas video dirinya memandu secara melulu dan melanggar empat sekeluarga yang menunggang motosikal tular di media sosial sejak semalam.
Insiden yang berlaku di Lebuhraya Besraya berhampiran persimpangan Puchong tersebut berjaya dirakamkan video papan pemuka kenderaan yang berada di tempat kejadian.
Katanya, pihaknya sebelum itu mengesan rakaman video papan pemuka kenderaan mengenai kejadian terbabit yang tular di media sosial.
Menerusi video rakaman yang tular, pacuan empat roda jenis Ford Ranger tersebut tiba-tiba masuk ke laluan untuk ke simpang tanpa memberi signal sebelum merempuh motosikal yang berada dalam lorong sama.
Kemalangan membabitkan motosikal ditunggang suami isteri berusia 30 tahun bersama anak mereka berumur lima dan tujuh tahun.
Dalam insiden itu, penunggang motosikal dan anaknya cedera ringan, manakala individu lain tidak cedera.
"Kedua-dua pihak membuat laporan polis mengenai kemalangan dan susulan itu, kami menahan pemandu Ford Ranger untuk siasatan lanjut mengikut Seksyen 42 (1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987 kerana memandu secara melulu atau membahayakan," katanya dalam kenyataan, hari ini.
Beliau menyeru orang ramai yang mempunyai maklumat berhubung kejadian itu supaya menghubungi JSPT Kuala Lumpur di talian 03-20719999 bagi membantu siasatan.
Insiden yang berlaku di Lebuhraya Besraya berhampiran persimpangan Puchong tersebut berjaya dirakamkan video papan pemuka kenderaan yang berada di tempat kejadian.
BERITA TRENDING: Samseng Jalan Raya Elak Bayar Tol, Punca Kemalangan! Netizen Berang - "Dia Yang Langgar, Dia…
Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Kuala Lumpur Asisten Komisioner Sarifudin Mohd Salleh berkata, dalam kejadian pada Selasa itu, penunggang motosikal dan anaknya cedera.Katanya, pihaknya sebelum itu mengesan rakaman video papan pemuka kenderaan mengenai kejadian terbabit yang tular di media sosial.