VIRAL
Panggil Anak ‘Mini Wife’, 'Escort Lady',Netizen Kurang Senang Dengan Content Pempengaruh – “Kanak-Kanak Sepatutnya Enjoy Childhood”
Tindakan seorang pempengaruh media sosial memuat naik kandungan bersama anak perempuannya yang baru berusia lapan tahun menerima kecaman hebat netizen.
Rata-rata meluahkan rasa kurang senang apabila kanak-kanak itu dilihat bersolek tebal, memakai pakaian seperti wanita dewasa malah bapanya juga difahamkan melabelnya sebagai ‘escort lady’ dan ‘mini wife’.
Menerusi satu hantaran di Threads, beberapa penguna meluahkan rasa kurang senang mereka terhadap kandungan tersebut.
“Sangat mengganggu, kenapa bapa dengan anak bergambar macam ini. Kandungan dia dengan anak dekat TikTok pun pelik gila sampai kadang-kadang refer anak itu sebagai isteri kecil.
“Red flag gila mamat ni punya content dengan anak dia. Jelas sekali grooming dan emotional incest.
“Sejak semalam sesak dada tengok gambar/video budak tu. Red flag. Budak tak tahu apa-apa. Seorang bapa tak sepatutnya guna anak untuk cari perhatian. Panggil sebagai isteri kecil, pakaikan macam orang dewasa. Bila ditegur, dia jawab konon POV anak, tapi jelas nampak sangat dia yang balas.
Netizen lain pula berpendapat kanak-kanak seharusnya menikmati zaman kanak-kanak tanpa dibebani imej dewasa.
“Kanak-kanak sepatutnya enjoy childhood, main princess, masak-masak, dollhouse atau apa saja yang mereka nak. Bukan jadi bahan content. Kasihan kena pakai kasut tumit tinggi, bermekap sampai nampak rimas. Dia masih kanak-kanak,” komen beberapa netizen.
Bagaimanapun, selepas menerima kecaman, bapa kanak-kanak itu, tampil membuat kenyataan di Threads bagi menjelaskan keadaan sebenar.
“Untuk pengetahuan semua, saya seorang bapa tunggal yang membesarkan Rania seorang diri sejak usianya lapan bulan. Walaupun Rania masih mempunyai ibu, selepas perceraian saya mengambil sepenuhnya tanggungjawab menjaga kebajikan anak saya.
“Berhubung istilah mini wife, ia sebenarnya hanyalah ungkapan sarkastik yang saya gunakan untuk membalas segelintir pihak yang sering melabelkan Rania dengan gelaran itu. Secara jujur, kami sendiri tidak pernah selesa dengan panggilan tersebut,” katanya.
Lelaki tersebut turut menjelaskan setiap projek kempen dilakukan dengan persetujuan anaknya dan hasil bayaran diagihkan secara sama rata, sebahagian untuk simpanan anaknya dan sebahagian lagi untuk kebajikan.
Terdahulu, pemengaruh dan anaknya, tular di TikTok apabila memuat naik momen mereka bersiap bersama, termasuk mengenakan solekan dan tudung.
Setiap video meraih ratusan ribu tontonan, namun istilah ‘mini wife’ akhirnya mencetuskan kontroversi hingga mengundang kritikan ramai.
Sumber: Thread
Sumber: Thread