Masa Depan, Pilihanmu. Daftar Sekarang!

Panggil Mummy Daddy, Peminat Usik Usop & Teha - “Amboi Baru Dua Hari Kawin..”

Azwa Rahman
06/02/2022 08:09 MYT
Baru dua hari mendirikan rumah tangga, panggilan pasangan pengantin baru Usop kepada isterinya, Nur Fatihah Md Hashim, menarik perhatian wargamaya.

Menerusi laman sosial Instagram, Usop berkongsi sebuah video bersama Fatihah atau lebih mesra disapa sebagai Teha dan pasangan itu membahasakan diri mereka ‘mommy’ dan ‘daddy’.

Dalam perkongsian itu juga, Usop atau nama sebenarnya Muhammad Saiful Naim Muhammad Noor, 25, meluahkan ucapan terima kasih buat Teha yang menerima dirinya dengan seadanya dan mengharapkan perkahwinan mereka berkekalan.

“Terima kasih mmy kerana terima daddy seadanya. Insyallah daddy akan menjaga mmy sampai ke akhir hayat daddy dan daddy harap perkahwinan ini berkekalan hingga ke jannah, amin,” tulisnya di ruangan kapsyen.

A post shared by Usop ? (@usopofficial)


Sementara itu di ruangan komen, panggilan manja ‘mummy’ dan ‘daddy’ itu mengundang pelbagai reaksi daripada rakan selebriti dan wargamaya yang rata-ratanya mengusik pengantin baru tersebut.

“Aiiii anak belum keluar dah mami dadi sopp?” tanya Shafiq Farhain.

“Ewahh dah mama daddy eh,” kata Catriona Ross

“Aiyoo mummy daddy teruihh hahaha,” ujar seorang wargamaya.

“Auto mummy daddy. Nasib bukan mak hang pak hang. Selamat pengantin baru Ucop dan wife,” komen seorang wargamaya.

“Mummy daddy bior benor Sop. Kemahen,” kata seorang wargamaya.

“Amboi baru dua hari kawin dah jadi mommy daddy. Btw tahniah, semoga bahagia akhir hayat,” tulis seorang wargamaya.

“Panggil baby la Sop baru pengantin baru,” usik seorang wargamaya lagi.

Sehingga kini, perkongsian tersebut telah menerima hampir 21,000 tanda suka daripada wargamaya.

Pada Jumaat, Usop selamat bergelar suami pada Fatihah selepas dua tahun berkenalan.

Majlis akad nikah itu diadakan secara tertutup di Kompleks Darul Hidayah, Permatang Tok Gelam, Pulau Pinang.

BACA: Usop Sah Bergelar Suami Kepada Nur Fatihah, Tak Terburu-Buru Rancang Zuriat

Dalam majlis pernikahan ini Usop memberikan tujuh dulang hantaran berbalas sembilan dari pihak pengantin perempuan, manakala mas kahwin sebanyak RM3,000.00 serta seutas gelang tangan sebagai acara batal air sembahyang.

Majlis bagi pihak perempuan akan berlangsung pada malam ini dan majlis resepsi bagi pihak lelaki akan diadakan pada 13 Februari 2022 di Kulim Kedah.
#Usop #Teha #Usop dan Teha #Usop kahwin
;