,
Gaya Hidup

"Panggil Saja Tok....Bro!" - Watak Misteri Tok Kasa Didedahkan Menerusi Trailer Terbaru BoBoiBoy Movie 2!

Hanafis Haris
18/08/2019
10:47 MYT
Semalam, Animonsta Studios telah memuat naik video trailer terbaru BoBoiBoy Movie 2 (BBBM2) di YouTube rasminya.
Apa yang menarik kali ini, trailer tersebut telah mendedahkan watak misteri iaitu Tok Guru Pendekar Kasa Hitam atau dikenali sebagai Tok Kasa.
Menerusi trailer tersebut, Tok Kasa dilihat mempunyai skil dan kuasa yang mampu menangkis pelbagai serangan.
Paling mencuit hati, Tok Kasa turut memberi 'punchline' lawak yang meminta BoBoiBoy dan rakan memanggilnya Bro!
Berdasarkan pemerhatian Gempak, biarpun trailer itu baru dimuat naik semalam, video tersebut telah menerima tontonan lebih 610,000 kali.
Malah, sehingga artikel ini ditulis trailer berkenaan telah trending di YouTube dan berada di kedudukan ke-10.
Sementara itu, menerusi Facebook milik Ketua Pegawai Eksekutif Animonsta Studios, Nizam Abdul Razak, dia turut berkongsi satu video memaparkan pemilik asal suara Tok Kasa.
"Pelakon suara untuk Tok Kasa! Mr. Wong ialah ayah kepada Wai Kay, pelakon suara Fang," kata Nizam yang merupakan penerbit serta pengarah filem BBBM2.
Persoalannya, siapakah sebenarnya Tok Kasa ini? Apakah kaitannya dengan misi BoBoiBoy menentang Retak'ka?
Untuk menjawab semua persoalan ini, anda perlulah menonton BBBM2 di pawagan berdekatan.
BBBM2 membuka tayangannya menerusi 145 pawagam diseluruh Malaysia!
BACA: [Review] Goosebumps & Ketawa Non Stop...BoBoiBoy Movie 2, Animasi Paling Power Setakat Ini!
BACA: Baru 5 Hari Tayangan, Boboiboy Movie 2 Dah Berjaya Mengutip RM9.9 Juta... Pergh!
BACA: Power Weh! BoBoiBoy Movie 2 Dah Dapat RM15.8 juta Lepas 8 Hari Tayangan!
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Hiburan

Boboiboy Berterima Kasih Nabil Zamanhuri Pernah Pinjamkan Suara

gempak
26/05/2024
09:50 MYT
Animonsta Studios Sdn Bhd (Monsta) yang menerbitkan siri animasi, BoboiBoy merakamkan ucapan takziah kepada keluarga di atas pemergian penyanyi, Nabil Zafril Zamanhuri pada pagi Ahad.
Laman Utama

BoBoiBoy Raih 3.5 Juta Tontonan Dalam 24 Jam!

gempak
06/12/2023
05:25 MYT
Wow! Tahniah BoBoiBoy
Laman Utama

Mechamato Mendunia! Setelah ke Korea Selatan, Jepun, New Zealand dan Lain-Lain, Kini Siri Mechamato Tiba Di Portugal!

gempak
29/07/2022
10:30 MYT
Wow Mechamato kini tiba di Portugal
Laman Utama

Penantian Berakhir! Siri Animasi Mechamato Bakal Ditayangkan Bermula 6 Disember, Lagu Tema Pun Onz!

gempak
24/09/2021
08:15 MYT
Tak sabar la nak layan Mechamato The Animated Series
Laman Utama

Terbaik! Hannah Delisha Nyanyi Lagu Papa Pipi, Aneka Baju Raya & Kemunculan Perdana Ibu BoBoiBoy

gempak
07/05/2021
12:15 MYT
Siap ada iklan raya berjudul Memori Eidulfitri