Hiburan

"Panggil Saya Lepas Tu Awak Tolak Saya Sana Sini Macam Bola .." - Alyah Bengang Dengan Siapa?

gempak
Zulaikha Yusof
22/10/2019
03:08 MYT
Sponsor Banner
"Panggil Saya Lepas Tu Awak Tolak Saya Sana Sini Macam Bola .." - Alyah Bengang Dengan Siapa?
Penyanyi Datin Alyah kesal dengan sikap segelintir penganjur yang menjemput golongan artis untuk datang berniaga di saat akhir.
Menurut Alyah, dia menegaskan bukan ingin dilayan seperti seorang raja namun biarlah mendapat layanan yang sewajarnya.
"Kepada pihak penganjur, lain kali kalau nak panggil artis... Harap panggil artis tu kerana nama dan commitment dia ya.
"Janganlah panggil artis tu last last minute. Dan panggil artis tu sebab nak isi booth-booth kosong yang orang reject...
"Insiden yang baru saya alami semalam benar-benar mengajar saya erti tegas dalam setiap perundingan yang dibuat.
"Bukan hendak dilayan seperti raja tapi common-sense lah... Awak panggil saya lepas tu awak tolak saya sana sini macam bola," luahnya.
Perkongsian itu dibuat menerusi sebuah entri di akaun Instagram (IG) miliknya.
Tambah pelantun lagu Jutaan Purnama ini, dia turut tidak dibenarkan untuk meletakkan kenderaan di kawasan meniaga.
"Satu lagi, parking. Awak panggil saya ajak berniaga lepas tu tak bagi parking, tak bagi masuk dalam kawasan tempat berniaga. Apakah?
"Bila artis tak bagi commitment bising bising bagi form bagi contract... Ni artis datang bagi commitments nak bagi support, tak bagi masuk.
"Yang jaga kat pintu masuk tu pun pilih kasih ada artis tertentu sahaja boleh dibenarkan masuk. Then kalau macam tu buat apa panggil saya.
"Last bila saya decide tak nak berniaga lagi sebab banyak sangat drama tiba-tiba sticker kereta artis pon keluar... Di saat saya dah pack barang masuk kereta nak balik.
"Awak mampu pilih berapa banyak artis awak nak sebab awak syarikat gergasi. Tapi kalau awak ada hati perut sebagai manusia cuba fikir macam mana orang nak berniaga dengan nak bawa barang masuk booth disuruh parking kat luar. Kalau dekat bolehlah faham..
"Ni jauh dia dah macam join larian amal.. Saya anggap kali ni dugaan dalam perniagaan. Semoga saya cekal sebagai peniaga @alyahfragrance @eyenoonbyalyah," tulisnya lagi.
Kepada pihak penganjur lain kali klu nak panggil artis... Harap panggil artis tu kerana nama dan commitment dia ya...Jgnla panggil artis tu last last minute.Dan panggil artis tu sebab nak isi booth booth kosong yg orng reject... Insiden yg baru saya alami smlm.benar benar mengajar saya erti tegas dlm setiap perundingan yg dibuat.... Bukan hendak dilayan seperti RAJA tapi common-sense lah...awak panggil saya tu lepas tu awak tolak saya sana sini mcm bola... 1 lagi parking....awak panggil saya ajak berniaga lepas tu tak bagi parking tak bagi masuk dlm kawasan tempat berniaga.Apakahh???? Bila artis tak bagi commitment bising bising bagi form bg contract...Ni artis dtg bagi commitments nak bagi support.Tak bagi masuk yg jaga kat pintu masuk tu pon pilih kasih ada artis tertentu ja bole dibenarkan masuk....then klu mcm tu buat apa panggil sayaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa....last bila saya decide tak nak berniaga lagi sbb byk sgt drama tiba tiba sticker kereta artis pon kluar...Disaat saya dah pack barang masuk kereta nak blk..... Awak mampu pilih berapa byk artis awak nak sbb awak syarikat gergasi... Tapi klu awak ada hati perut sebagai manusia cuba fikir mcm mana orng nak berniaga dgn nak bawak barang masuk booth disuruh parking kat luar.klu dekat bolehla faham...Ni jauh dia dah mcm join larian amal... Saya anggap kali ni dugaan dlm perniagaan Semoga saya cekal sebagai peniaga @alyahfragrance @eyenoonbyalyah
A post shared by Alyah Abu Hasan (@alyah81) on
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Most Wanted Awards 2024