Laman Utama
Panggil Tokti Sebagai Mommy, Jebat Jayden Buat Sharnaaz Ahmad Terkejut - “Silap Mak, Hang Jangan Main Gila”
Anak lelaki kepada aktor Sharnaaz Ahmad dan Noor Nabila, Jebat Jayden Ahmad mencuri perhatian wargamaya dengan aksinya memanggil panggilan ‘mommy’ kepada penyanyi nombor satu negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza.
Menerusi laman sosial Twitter, seorang pengguna berkongsi sedutan video keletah Jebat, 3, yang diambil daripada akaun Instagram Sharnaaz
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Menerusi video berdurasi 16 saat itu, Sharnaaz dilihat sedang memandu sambil ditemani Jebat di sebelah.
“Mommy,” kata Jebat sambil jarinya menuding pada iklan billboard Tokti di tepi jalan raya.
“Mommy? Tu bukan, tu Siti Nurhaliza, haha silap mak. Hang jangan main gila. Bukan mommy la. Mommy ada kat rumah la,” kata Sharnaaz kepada anaknya.
Sementara itu di ruangan ulang ciap, ramai wargamaya yang terhibur melihat aksi Jebat yang tiba-tiba memanggil Tokti sebagai ibunya.
“Amboi Jebat salah claim mak ke tu?. Comel je Jebat ingt @CTNurhaliza11 mommy dia,” komen seorang wargamaya.
“Adoi satgi Aafiyah marah taktau naaa @CTNurhaliza11,” usik seorang wargamaya.
“Ni kalo bawa jumpa siti, mesti kelakar. Bayangkan Aafiyah blur kenapa Jebat panggil ibu dia mummy, hahaha,” kata seorang wargamaya.
“Siapa je tak nak? Haha. Lahir-lahir je dapat lagu sendiri nyanyian penyanyi no 1 negara,” tulis seorang wargamaya.
“Comei betui Jebat,” puji seorang wargamaya lagi.