Hiburan
“Panggilan Tong Drum, Buntal, Ba…” – Aishah Kongsi, Pernah Diejek Kerana Gemuk
Penyanyi Aishah menceritakan pengalamannya diejek kerana penampilan fizikal.
Menerusi sebuah entri di laman Instagram milik Aishah, Juara Gegar Vaganza 2017 itu mengenang kembali memori pahit yang dilaluinya di zaman persekolahan.
“Melawan obesiti adalah pertarungan yang sebenar antara fizikal, mental dan emosi. Kadang-kadang boleh jadi pertempuran dengan diri sendiri.
“Sepanjang hidup saya mempunyai masalah berat, kadang-kadang apabila keadaan berjalan dengan lancar, ia menjadi terkawal tetapi ada masanya apabila keadaan tidak baik saya akan mencari makanan untuk menenangkan diri.
“Sejak kanak-kanak lagi saya telah belajar di usia muda dengan panggilan nama yang ‘kejam’ seperti tong drum, buntal walaupun ba…. Saya juga pernah memukul budak lelaki yang memanggil saya gemuk,” tulisnya.
Tambah Aishah lagi, gelaran seperti itu telah meninggalkan kesan mendalam buat dirinya.
“Tipu lah kalau saya katakan nama panggilan seperti itu tidak meninggalkan luka dan juga memberikan kesan emosi kepada saya sehinggalah ke hari ini.
“Sebagai artis saya juga kerap dipersendakan hanya kerana berat badan saya, perkara itu membuatkan saya mencari food for comfort.
“Kemudian saya diperkenalkan dengan @dr.mustafamt dan isterinya @rafeahariffin oleh @chef_zam, saya kemudiannya nekad untuk berubah.
“Apabila segala jenis diet yang dilakukan gagal, pembedahan Bariatric adalah jalan terakhir. Saya berumur 53 tahun dengan BP tinggi (sempadan), kolesterol tinggi dan sakit lutut.
“Memang rasa takut memandangkan ini pembedahan utama namun saya sedar yang saya kena ubah gaya hidup saya.
“Pengurangan berat badan saya tidaklah sepantas orang lain namun saya tetap berasa seronok. Saya juga belajar bahawa berat badan tidak akan berkurangan tanpa meletakkan sebarang usaha.
“Sudah hampir dua tahun dan saya telah kehilangan berat sebanya 25-27 kg. Saiz baju saya juga sudah berkurangan dari 22 – 12/14 UK. Jadi saya ada alasan untuk membeli baju baru.
“Namun apa yang penting, saya belajar yang saya seharusnya lebih sayang dan menjada diri sendiri dari segi pemakanan dan gaya hidup.
“Memang mencabar tetapi kita harus menjada diri kita sendiri sebelum kita menjaga orang lain,” tulisnya.
Terdahulu, Aishah telah menjalani pembedahan Bariatric pada tahun 2018.