Berita

Panggung Wayang Dibuka Semula Di Beberapa Lokasi Terpilih

gempak
Syafiqah Jalal
15/12/2020
17:01 MYT
Sponsor Banner
Panggung Wayang Dibuka Semula Di Beberapa Lokasi Terpilih
Operasi pawagam akan kembali dibuka bermula 16 Disember ini selepas kerajaan tidak menyambung Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB).
Persatuan Pemamer Filem Malaysia (MAFE) dalam satu kenyataan berkata, pembukaan semula pawagam itu hanya akan dilaksanakan di beberapa lokasi terpilih saja buat ketika ini.
MAFE berkata, keputusan kerajaan itu adalah tepat pada masanya kerana banyak filem mega tahun ini akan ditayangkan dalam masa terdekat.
"MAFE juga akan terus memantau keadaan semasa dan bertindak balas dengan sewajarnya dalam beberapa bulan akan datang untuk mendapatkan persetujuan membuka semula pawagam di lokasi lain.
"Persatuan juga akan menjalankan perbincangan bagi mendapatkan kebenaran melonggarkan prosedur operasi standard (SOP) ketika ini seperti penjarakan tempat duduk," katanya.
Operasi pawagam seluruh negara ditutup pada November ini berikutan perniagaan terjejas teruk hingga mengalami penyusutan pengunjung hingga 90 peratus sejak pandemik COVID-19 melanda negara.
Pengusaha pawagam juga sebelum ini terpaksa menanggung kerugian yang besar dan pelaksanaan PKPB juga memberi impak berganda kepada sektor itu.
MAFE berkata, pawagam adalah pusat utama sosial, komuniti dan budaya gaya hidup Malaysia, memainkan peranan penting dalam menawarkan hiburan.
Katanya, adalah tanggungjawab semua orang untuk mengikuti SOP dan langkah keselamatan yang diperlukan untuk memastikan pawagam menjadi lokasi yang selamat.
"MAFE optimis jumlah kedatangan penonton akan pulih, lebih kukuh daripada sebelum pandemik melanda," katanya.
Sumber: Berita Harian
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Non Stop Live