Viral
"Panic Attack, Migrain, Gastrik Sampai Muntah-Muntah" - Anak Ambil UPSR, Misha Pula Tak Senang Duduk
Penyanyi Misha Omar berkongsi momen melucukan dan mendebarkan ketika anak sulungnya, Adam, mula menduduki peperiksaan Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR) baru-baru ini.
Kongsi Misha, selain stress, perasaan gementarnya lebih kuat dirasakan ketika itu berbanding waktu membuat persembahan.
"UPSR 2018, ibu punya panic attack, kena mild fever, migraine 3 hari berturut-turut, gastric takleh makan & muntah-muntah, badan bloated for no reason.
"Eh! Lu stress pehal Kak Mitch? Adam rilaks je! Anak oh anak...
"Ibu nak perform pun tak stress macam ni," tulisnya di Instagram semalam.
Tambah Misha, tidak mustahil untuk dia berdepan situasi sama sekali lagi apabila anaknya menduduki peperiksaan Pentaksiran Tingkatan Tiga (PT3) dan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) nanti.
"Bersedialah ibu, kalau umur panjang, Adam PT3 bila ibu umur 39 tahun and SPM masa umur ibu 41 tahun.
"Masa tu drip air kolah masjid gamaknya kat badan demi nakkan ketenangan," tambah Misha.
Perkongsian mencuit hati itu mendapat pelbagai reaksi netizen malah ada yang berkongsikan momen-momen lucu ketika menemani anak masing-masing ke dewan peperiksaan.
Must-Watch Video