Laman Utama

Panik Jumpa Anak Kucing Ditinggalkan Ibu? Jangan Risau...Cuba Ikut Tips Yang Kami Bagi Ni

gempak
Fiza Kamarudin
15/07/2021
11:10 MYT
Sponsor Banner
Panik Jumpa Anak Kucing Ditinggalkan Ibu? Jangan Risau...Cuba Ikut Tips Yang Kami Bagi Ni
Apa yang perlu dilakukan jika tiba-tiba muncul seekor anak kucing kecil berusia 1 bulan atau yang lebih kecil daripada itu di rumah korang?
Tambah-tambah lagi korang pun tak ada pengalaman memelihara kucing apatah lagi yang masih dalam lingkungan umur bayi dan ditinggalkan ibunya.
Okay, jangan panik…Ikuti tips dan panduan lengkap ini dan semoga memberi manfaat dan membantu korang semua:
1) Sediakan sangkar/ tempat tinggal yang sesuai untuk anak kucing Anak kucing memerlukan haba yang secukupnya. Sama seperti manusia, bayi mendapat haba melalui dakapan ibu. Oleh itu, korang perlu dapatkan kain atau heating pad dan letakkan di dalam sangkar kucing atau kotak. Boleh beli kat sini (klik).
2) Susu *Gambar carian google*
Anak kucing minum susu ibu sehingga berusia empat minggu. Jadi jika anda terjumpa kucing yang di dalam lingkungan usia ini berikan ia susu.
Tapi bukan susu lembu ya! Susu lembu tidak sesuai kerana kandungan lactosenya dan boleh membuatkan si comel cirit birit.
Susu kambing adalah yang paling sesuai kerana menyerupai susu ibu. Klik sini ya...
3) Botol susu khas *Gambar carian google*
Botol ini lebih kecil daripada yang kebiasaan. Malah, putingnya juga lebih lembut dan kecil, sesuai untuk anak kucing minum dengan selesa. Kalau dah beli, jangan lupa tebuk lubang pada putingnya dulu ya! Kucing berusia 1 minggu perlu diberi minum 2-3 jam sekali, 2 minggu 4-6 jam, 3 minggu pula 6-8 jam sehari. Klik sini kalau korang tengah botol susu untuk anak kucing.
4) Makanan pertama *Gambar carian google*
Carilah produk semi solid (lembut) untuk si kecil. Ada beberapa jenama yang disyorkan seperti Royal Canin Mother & Babycat. Selain jenama ini, terdapat banyak lagi jenama lain di pasaran (klik) yang boleh korang cuba. Selepas itu campurkan makanan lembut tadi dengan air suam dan lenyek-lenyekkan sehingga menjadi seperti puree. Dan selepas si comel semakin selesa anda boleh terus berikan makanan ini tanpa mencampurkannya dengan air!
5) Urutan Selalunya ibu kucing akan menjilat dubur anaknya untuk mensimulasi deria membuang air besar atau kecil. Dalam kes ni korang tak perlulah jilat dubur anak kucing yang korang jumpa tu. Memadai dengan urutan lembut di bahagian perutnya! Sesuai dilakukan untuk anak kucing berusia 1-2 minggu.
6) Kutu*Gambar carian google*
Cari spray atau ubat kutu yang tidak membahayakan anak kucing (klik). Ikut arahan yang ditulis pada botol sehingga kutu hilang. Kalau masih berlarutan bawalah jumpa veterinar.
7) Suntikan vaksinasi *Gambar carian google*
Siapa kata manusia sahaja yang perlukan suntikan vaksin. Kucing kesayangan korang pun perlu divaksin untuk kesihatan. Vaksinasi adalah amat penting, kerana ia membantu melindungi anak kucing daripada sebarang penyakit. Anak kucing anda mungkin akan mendapatkan suntikan pertama pada umur 9 minggu, diikuti dengan kali kedua pada umur 12 minggu. Ini mungkin boleh didapati berbeza, bergantung kepada jenis vaksin, semak waktu suntikan yang bersesuaian dengan veterina. Ia mengambil sekurang-kurangnya dua minggu selepas vaksinasi, untuk imuniti anak kucing terbentuk dengan sepenuhnya. Sepanjang waktu ini, pastikan ia disimpan di dalam rumah.
8) Kasih sayang *Gambar carian google*
Berilah kasih sayang untuk anak kucing korang sebab bila korang decide nak bela maka secara automatik ia adalah sebahagian daripada keluarga korang tau! Cari alat permainan seperti bola kecil, tempat pencakar dan tiang panjat untuk menggembirakan anak kucing korang.
Semoga perkongsian ini memperoleh maanfaat. Walaupun anak kucing korang tidak mempunyai ibu berilah perhatian kepadanya.
Oh ya, untuk memudahkan korang mencari barang-barang yang disebutkan di atas, bolehlah ---> KLIK <---Serius, mudah dan cepat…Hanya tunggu di rumah sehinggalah barang-barang korang sampai!
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Most Wanted Awards 2024