Panik! Tumpah Darah Banyak Selepas Balik Semporna, Vida Lega Sihir Keluar – “Dah Macam Keguguran…”
Syafiqah Jalal
05/08/2023 10:01 MYT
05/08/2023 10:01 MYT
Ushawan kosmetik sensasi, Datuk Seri Vida akui panik apabila tubuhnya tiba-tiba keluar darah kotor dengan sangat banyak selepas pulang dari Semporna, Sabah baru-baru ini.
Menurut Vida, dia mengesyaki darah kotor yang keluar itu adalah hasil tindak balas gangguan sihir yang pernah dialaminya sejak beberapa tahun lalu.
"Sebenarnya balik dari Semporna hari itu…dan sampai sahaja semenanjung badan saya keluar darah banyak macam darah kotor berketul-ketul.
“Panik dan terkejut juga masa tu tertanya-tanya darah apa ni? Dah macam keguguran bayi.
"Maknanya sihir tu dah pergi selepas saya melalui laut dan ombak-ombak di sana.
“Sekarang Alhamdulilah badan saya rasa cergas dan bertenaga," katanya kepada Astro Gempak.
Vida ditemui ketika Majlis The Enchanted Night Majalah Nona yang diadakah di Zebra Square KL, Kuala Lumpur baru-baru ini.
Vida mendedahkan sebelum ini dia pernah mengalami gangguan sihir sejak tahun 2017 sehingga 2020 dan kini lega kerana ia sudah berakhir.
“Saya tak pernah kongsi mengenai terkena sihir sebelum ini kerana saya tak mahu ramai orang tahu dan ia diperbesarkan.
“Namun selama terkena itu, empat tahun juga saya merana dan sering pengsan termasuk ketika membuat live di media sosial,” kongsinya.
Nasihat Vida, kepada sesiapa yang mengalami Nasib yang sama sepertinya sebelum ini harus kuat melawan serta berbanyak melakukan solat sunat.
“Sejak daripada itu, saya memang dah tak ramai kawan dan tiada kawan rapat sekarang.
“Apa-apa pun bila kena kita perlu lawan dengan diri kita sendiri. Jangan habiskan banyak duit untuk berubat dengan ustaz atau sana sini..tetapi bangunlah malam solat tahajud dan berdoa lebih afdal.
“Selain itu juga saya amalkan mandi lulur dengan limau kasturi di rumah, Insya-Allah sebagai ikhtiar,” ujarnya.