Raikan Wira Wonda Kita! Kongsikan kisah inspirasi wira anda & menangi wang tunai RM10,000

Panjat Balkoni Pakai Helmet, Kelakuan Berani Mati Gadis Ini Bikin Netizen Seriau - “Kita Yang Tengok Pun Gayat..”

Umirah Halim
17/07/2024 08:55 MYT
Sepotong video memaparkan tindakan seorang wanita yang melakukan aksi berbahaya dengan memanjat balkoni sebuah pangsapuri berjaya mendapat perhatian ramai baru-baru ini.

Panjat balkoni pakai helmet

Menerusi video tersebut dapat dilihat seorang wanita memanjat bahagian balkoni itu dengan hanya memakai helmet tanpa sebarang bantuan keselamatan.

Bagaimanapun, tujuan dan sebab tindakan tersebut dilakukan masih tidak dapat disahkan.

BERITA TRENDING: "Hati Yang Tenang Itu Sangat Mahal Harganya" - Ibu Aliff Aziz Muncul Semula, Panjat Rasa Syukur Selepas Selesai Kes Cerai Anak

BERITA TRENDING: Panjat Belakang, Sepak Kepala Jemaah Wanita Di Masjid! Perangai Kanak-Kanak Ini Bikin Netizen Panas Hati - "Kalau Depan Aku Ni..."

BERITA TRENDING: Selain Mahalini, Rizky Febian Juga Ikut Buat Pembedahan Hidung

Sementara itu, menjengah ke ruangan netizen rata-rata meluahkan rasa berang terhadap tindakan yang dilakukan oleh gadis tersebut.

Malah, ada juga yang sempat meninggalkan nasihat dan teguran terhadap kelakuan wanita tersebut kerana ia mampu menyebabkan kecelakaan sekiranya gadis itu jatuh pada paras ketinggian itu.
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
BERITA TRENDING: James Wan Lepas Gian Pekena Durian & Laksa, Panjat Tangga Batu Caves!

“Dulu pernah berlaku dekat sebuah universiti macam ni la. Last-last jatuh. Kalau benda boleh elak, elakkan. Seriau jangan la kak/Adik buat mcm ni lagi. sebab malang tak berbau.

“Patut buat wasiat awal-awal kalau terjatuh. Kesian waris. Lain lah tak ada waris. Tapi masih perlukan orang lain untuk mengurus.

“Demi content sanggup pertaruhkan nyawa mcm ni kita yang tengok ni pun gayat,” komen beberapa netizen.

Setakat artikel ini ditulis hantaran ini ditulis hantaran itu telah mendapat sebanyak 200 ribu tontonan.
#Netizen #Mati #Gadis #Balkoni #Panjat #gayat #kita #seriau #tengok