Anmum Essential membina IQ dan membentuk EQ. Anak korang menjadi hebat!

“Pantang Day 10, Jangan Bising Pulak Aku Pakai Macam Ni….” – Ain Edruce

Fiza Kamarudin
30/05/2021 13:40 MYT
Selepas dikecam kerana memakai seluar ketika masih dalam tempoh berpantang, pelakon dan pengacara Ain Edruce memberi amaran agar tidak mempersoalkan pakaiannya.

Amaran tersebut dimuat naik Ain menerusi laman sosial Instagram (IG)nya semalam, pada hari ke-10 dia berpantang.

“Pantang day 10. Jangan bising pulak aku pakai mcm ni. Bawak baby pegi check hospital je.. pastu aku balik,” tulisnya ringkas.

Sementara itu di ruangan komen, para pengikut meminta Ain tidak mempedulikan kata-kata netizen yang menyakitkan hati.

“Ayat pat power Ain, pedulilah orang cakap apa, awak yang bersalin jadi, awak tahu apa patut buat,” kata salah seorang pengikut.

Selain itu, ramai juga pengguna Instagram memberitahu bahawa situasi wanita berpantang selepas bersalin pada hari ini sudah jauh berbeza dengan zaman sebelumnya.

“Biasa la tu orang sekarang…Mana ada kain batik dah. Aku keluar wad pun pakai skirts, comey sikit,” komen seorang lagi.

Baru-baru ini, Ain telah menerima kecaman hebat daripada netizen gara-gara memuat naik foto memakai seluar selepas seminggu melahirkan cahaya mata sulung.

Antara tuduhan diterima Ain ialah kononnya tidak berpantang dengan betul.

Ain mendirikan rumah tangga bersama suaminya, Amirul Hafiz Mustaffa pada 13 Disember 2019 dan dikurniakan cahaya mata sulung perempuan pada 20 Mei lalu.

A post shared by NURULAIN BT EDRUCE (@ainedruce)

#Kecam #Ain Edruce #Pantang Hari Kesepuluh
;