Pelakon Raf Yaakob memohon maaf kepada anak-anaknya, Raden Ahmad Rayyan dan Raden Seri Raysaa Chanela kerana tidak dapat membawa mereka bersama-sama bagi mengerjakan ibadah umrah.

Kata Raf, dia berasa sedih melihat anak-anaknya menangis sebelum berangkat ke lapangan terbang.

"radenrayyanraf and @raysaachanelaraf, papa mintak maaf tak dapat bawak kalian berdua ke umrah sekali dengan @radenrafaelraf atas sebab-sebab tertentu.

"Sedih sangat tengok kalian berdua menangis peluk papa and mommy kat rumah sebelum kami berangkat ke lapangan terbang," tulisnya di Instagram (IG).



Dalam pada itu, suami kepada aktres Mawar Rashid ini tidak sabar menanti hari ulang tahun kelahiran puteri tunggalnya yang kelima.

"Tapi takpe...Sebab dalam masa tiga bulan lagi, umur Chanela akan memasuki tahun kelima, perkara akan menjadi lebih mudah.

"Kerana masa tu Chanela dah boleh tidur dengan Raf. Akhirnya! Boleh la plan pergi umrah dan bercuti memane berlima buat kali pertama," tulisnya lagi.

@radenrayyanraf and @raysaachanelaraf, papa mintak maaf tak dapat bawak kalian berdua ke Umrah sekali ngan @radenrafaelraf atas sebab2 tertentu. Sedih sangat tengok kalian berdua menangis hug papa and mommy kat rumah before we left to airport ? Tapi takpe...cos in 3 months time when Chanela turns 5, things will be much easier. Because that time Chanela dah bole tido dengan Raf. FINALLY! Boleh la plan pergi Umrah dan holiday memane berlima for the first time ❤️???? #MawaRadens

A post shared by Raden Ahmad Faizal Bin Yaakob (@rafyaakob) on


Terdahulu, Raf telah berangkat ke tanah suci Makkah bagi mengerjakan umrah bersama Mawar serta membawa anak mereka Rayden Rafael.

BACA: “Rezeki Nak Ke Makkah Secara Tak Disangka...”- Raf Yaakob Mengerjakan Umrah Bersama Mawar & Anak

Raf dan Mawar mendirikan rumah tangga pada 9 November 2017 dan dikurniakan dengan kehadiran Rafael pada 13 Mac tahun lalu.

Mawar turut mempunyai dua orang anak tiri, Rayyan, 8 dan Raysaa, 4, hasil perkahwinan Raf bersama bekas isteri.