“Papa Nak Kamu Ambil Syarikat Papa” - Drama Melayu Klise Atau...

Hanafis Haris
Julai 22, 2020 10:04 MYT
‘Papa nak kamu ambil syarikat papa’

‘Bercinta dengan Megat Danish anak Datuk Megat Zainal’

‘Kahwin paksa dengan sengaja atau isu rebut harta’

Kedengaran seperti sangat klise bukan?

Namun itulah hakikat yang terpaksa ‘ditelan’ oleh kebanyakan penonton apabila sesetengah drama menggunakan jalan cerita yang hampir sama.

Kisah pergaduhan antara keluarga, perkahwinan yang dipaksa atau perebutan harta antara yang sering dijadikan isu utama drama daripada dulu sehingga kini.

Malah, isu ini turut dibangkitkan oleh pelakon hebat tanah air sendiri termasuklah Zul Ariffin, Aaron Aziz, Kamal Adli, Lisa Surihani, Mira Filzah dan ramai lagi.

Namun, sebelum anda menghukum setiap drama yang klise terlebih dahulu, apa kata anda boleh lihat video di bawah.

Jadi, jika anda ingin melihat drama yang lain daripada lain bolehlah tontonnya di Astro.

Ada empat drama best yang bakal ‘dihidangkan’ kepada anda termasuklah Bidadari Kiriman Tuhan, Jalan Sesat Ke Syurga, Pelindung Seorang Puteri, Perempuan Tanpa Dosa.

Ingat drama, ingat Astro okey! Setiap Rumah Ada Kisah!

SLOT DRAMA ASTRO

TIARA: ISNIN-JUMAAT 6 PETANG DI ASTRO PRIMA (CH. 105/125)

MEGADRAMA: ISNIN-KHAMIS 10 MALAM DI ASTRO RIA (CH. 104/124)

CITRA EXCLUSIVE SABTU 9 MALAM

#Seorang #“Mira #Filzah” #Isteri” #“Astro #“Pelindung #Prima”