Berita
“Papa Tak Kenal Zizi Ke?”- Sayu, Norzizi Zulkifli Dedah Keadaan Bapanya Ketika…
Pelakon dan pensyarah Dr. Norzizi Zulkifli mendedahkan keadaan bapanya iaitu pelakon lagenda Datuk Zulkifli Zain yang mempunyai jangkitan kuman dalam darah dan masalah buah pinggang ketika berada di hospital minggu lalu.
Menurut Zizi, ada satu masa bapanya seperti sudah tidak mengenali dirinya dan akhirnya hanya mampu mengalirkan air mata.
“Bila Papa macam senyap dan tak kenal atau ingat. Sejak saya sampai dan saya jaga dia, dia senyap. Saya decided untuk sembang la dengan Papa dari saya diam je.
“Saya lantas secara spontan bertanya soalan-soalan atas. Dan tak sangka, dia tak respond and tak jawab, tapi menangis dengan soalan saya,” luah Zizi.
Ia dikongsinya menerusi akaun Instagram miliknya.
Menerusi entri tersebut Zizi menceritakan bagaimana perbualan dengan bapanya yang diakhiri dengan tangisan
Kisah itu ditulis dalam satu nota bertarikh 16 Mac lalu, jam 1.12 pagi ketika bapanya berada di hospital.
Terdahulu pelakon yang popular dengan watak Bentayan menerusi drama Tragedi Sri Mersing ini dimasukkan ke hospital UiTM pada 6 Mac lalu kerana sukar membuang air besar.
Pemeriksaan doktor kemudian mendapati ada jangkitan kuman dalam darah dan asid tinggi, manakala buah pinggangnya pula agak kering dan bermasalah.
Bagaimanapun doktor memaklumkan kesihatan Zulkifli dalam keadaan stabil. Mereka juga perlu memantau keadaan kuman dalam darah Zulkifli.
Terbaharu, Zizi hari ini membawa bapanya yang sudah pulang ke rumah untuk ke hospital untuk membuat pemeriksaan.
“Pagi semua! Assalamualaikum… Datuk is ready for his check up!,” katanya.
Pelakon filem Permintaan Terakhir dan Tiada Esok Bagimu itu kini berkerusi roda kerana menghidap penyakit darah tinggi, kencing manis dan paru-paru berair.
Beliau juga lumpuh tangan dan kaki kiri, berdepan masalah jantung lemah serta buah pinggang.
Must-Watch Video