Raikan Wira Wonda Kita! Kongsikan kisah inspirasi wira anda & menangi wang tunai RM10,000

“Papa Tak Kenal Zizi Ke?”- Sayu, Norzizi Zulkifli Dedah Keadaan Bapanya Ketika…

Syafiqah Jalal
23/03/2020 06:00 MYT
Pelakon dan pensyarah Dr. Norzizi Zulkifli mendedahkan keadaan bapanya iaitu pelakon lagenda Datuk Zulkifli Zain yang mempunyai jangkitan kuman dalam darah dan masalah buah pinggang ketika berada di hospital minggu lalu.

Menurut Zizi, ada satu masa bapanya seperti sudah tidak mengenali dirinya dan akhirnya hanya mampu mengalirkan air mata.

“Bila Papa macam senyap dan tak kenal atau ingat. Sejak saya sampai dan saya jaga dia, dia senyap. Saya decided untuk sembang la dengan Papa dari saya diam je.

“Saya lantas secara spontan bertanya soalan-soalan atas. Dan tak sangka, dia tak respond and tak jawab, tapi menangis dengan soalan saya,” luah Zizi.

Ia dikongsinya menerusi akaun Instagram miliknya.

Menerusi entri tersebut Zizi menceritakan bagaimana perbualan dengan bapanya yang diakhiri dengan tangisan

Bila Papa Macam senyap dan tak kenal or ingat. Sejak saya sampai dan saya jaga dia, dia senyap. Saya decided utk sembang la ngan Papa dari Sy pun diam je. Saya lantas secara spontan bertanya soalan2 di atas. Dan tak sangka, dia tak respond and tak jawab, Tapi menangis dengn soalan saya! ?????? Sorry Pa!

A post shared by norzizi zulkifli (@norzizizulkifli) on


Kisah itu ditulis dalam satu nota bertarikh 16 Mac lalu, jam 1.12 pagi ketika bapanya berada di hospital.

Terdahulu pelakon yang popular dengan watak Bentayan menerusi drama Tragedi Sri Mersing ini dimasukkan ke hospital UiTM pada 6 Mac lalu kerana sukar membuang air besar.

Pemeriksaan doktor kemudian mendapati ada jangkitan kuman dalam darah dan asid tinggi, manakala buah pinggangnya pula agak kering dan bermasalah.

Bagaimanapun doktor memaklumkan kesihatan Zulkifli dalam keadaan stabil. Mereka juga perlu memantau keadaan kuman dalam darah Zulkifli.

Terbaharu, Zizi hari ini membawa bapanya yang sudah pulang ke rumah untuk ke hospital untuk membuat pemeriksaan.

“Pagi semua! Assalamualaikum… Datuk is ready for his check up!,” katanya.

Pagi semua!! Assalamualaikum! Dato is ready for his check up! Pandai adik2.. depa kata “Haaa... ko tak kerja kn, ko dengan Abg Bayu kena bawak Papa ke hospital for check up”. Ya, saya jarang berkesempatan membawa mereka ke check up. Sebab sy kerja. Banyak meetings or classes. Pernah bawak 4/5 kali je ? so now, it’s my turn ?????????Jap g pakai mask k...

A post shared by norzizi zulkifli (@norzizizulkifli) on


Pelakon filem Permintaan Terakhir dan Tiada Esok Bagimu itu kini berkerusi roda kerana menghidap penyakit darah tinggi, kencing manis dan paru-paru berair.

Beliau juga lumpuh tangan dan kaki kiri, berdepan masalah jantung lemah serta buah pinggang.
#Sakit #hospital #Hospital #Sakit #Norzizi Zulkifli #Bapa