Viral

PAPUH Nafi Dakwaan Terlibat Kartel Pakej Umrah

gempak
Gempak
01/10/2024
17:38 MYT
Sponsor Banner
PAPUH Nafi Dakwaan Terlibat Kartel Pakej Umrah
Persatuan Agensi Pelancongan Umrah & Haji (Papuh) menafikan dakwaan mengatakan pihaknya terlibat dalam kartel pakej umrah.

BERITA TRENDING: Umrah & Muslim Travel Fair Anjuran PAPUH Mesra Muslim, Bebas Risiko - "Kami Hanya Benarkan Agensi Punya Lesen Penuh"

Ketua Pegawai Eksekutif Persatuan Agensi Pelancongan Umrah dan Haji Malaysia (PAPUH), Datuk Sri Haji Razali Mohd Sham berkata, pihak persatuan memberi kerjasama penuh kepada sebarang bentuk siasatan yang dilakukan dengan pemberian semua dokumen yang diminta.
Oleh itu, dakwaan yang dilemparkan secara tidak langsung menjejaskan nama baik yang dipupuk persatuan serta syarikat-syarikat umrah ini sejak puluhan tahun lalu.
“81 syarikat ini adalah antara syarikat yang sentiasa ikut peraturan MOTAC. Setiap kali keluar arahan baru dari MOTAC mereka antara yang pertama ikut peraturan dan arahan.
“Adalah difahamkan hebahan yang dikeluarkan Persatuan sebelum ini adalah bertujuan hebahan semata-mata bagi menyelamatkan industri dan jemaah daripada ditipu oleh syarikat-syarikat yang tak bertanggungjawab sekaligus mendidik masyarakat supaya sentiasa berhati-hati dan sedar akan harga yang tidak masuk akal,” katanya menerusi satu kenyataan akhbar.
Malah Papuh turut menafikan wujudnya sebarang memorandum, perjanjian atau persefahaman yang ditandatangani atau dipersetujui oleh mana-mana ahli pada hari perjumpaan yang dinyatakan.
Harga rujukan adalah sebagai panduan kepada orang ramai dalam membuat pilihan pakej umrah yang bersesuaian dengan kemampuan selaras dengan saranan MOTAC. Harga pakej berkemungkinan lebih tinggi atau rendah bergantung kepada hotel, tempoh tempahan, musim perayaan dan sebagainya.

BERITA TRENDING: #Travelmana: Diskaun Saudia Airlines, Pakej ‘Pergi Dahulu Bayar Kemudian' Antara Tawaran Menarik Di PAPUH Muslim Travel Fair 2024

Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Most Wanted Awards 2024