Program pencarian Hero Remaja 2021 memasuki episod kedua Sabtu lalu.

Menariknya sempena minggu kedua baru-baru ini, hero mula bangkit mengharungi cabaran-cabaran yang diberikan.

Selain cabaran yang dipaparkan di kaca TV, para peserta juga mengambil inisiatif menghasilkan poster mengikut kreativiti sendiri untuk drama siri original Astro, I-Tanggang dan sambutan Hari Malaysia minggu lalu.

Finalis-finalis telah mereka dan menghasilkan interpretasi mereka sendiri dalam poster yang dihasilkan.

Untuk Hari Malaysia Khamis lalu, mereka menggunakan #teguhbersama #bettertogether di platform media sosial masing-masing.

Apakah inisiatif seterusnya yang akan dilakukan oleh mereka? Sama-sama kita nantikan!

Hero Remaja 2021 menemui penonton selama lapan episod pada setiap Sabtu, jam 9 malam secara eksklusif di Astro Ria.

Ia juga boleh distrim menerusi aplikasi Astro Go dan On Demand untuk pilihan yang lebih fleksibel.

Hero Remaja 2021 menampilkan juara Dewi Remaja 2019, Shaza Bae dan juara Hero Remaja 2020, Nadhir Nasar selaku pasangan hos menceriakan hujung minggu anda.

Sementara Datuk Rosyam Nor pula menggalas tanggungjawab sebagai juri tetap bersama Scha Alyahya.