Raikan Wira Wonda Kita! Kongsikan kisah inspirasi wira anda & menangi wang tunai RM10,000

Paralimpik Paris 2024: Cheah Liek Hou Sumbang Emas Pertama Buat Malaysia

Awani
02/09/2024 17:08 MYT
Jaguh badminton para negara Cheah Liek Hou menghadiahkan pingat emas pertama buat Malaysia selepas menang pada aksi final perseorangan lelaki SU5 (kecacatan fizikal) di Sukan Paralimpik Paris 2024, pada Isnin malam.


Tewaskan pemain Indonesia


Atlet berusia 36 tahun itu menewaskan pemain badminton Indonesia, Suryo Nugroho 'straight set' dengan 21-13, 21-15 di Porte de La Chapelle Arena.

Ia sekali gus mengulangi pencapaiannya semasa Sukan Paralimpik Tokyo 2020.

Dalam aksi penuh bertenaga itu, pemain perseorangan lelaki SU5 nombor satu dunia itu tidak berdepan kesukaran untuk menundukkan Suryo.

Liek Hou mara ke final selepas menang mudah ke atas pemain Indonesia, Dheva Antrimusthi 21-17,21-17 pada aksi separuh akhir.

ARTIKEL BERKAITAN:#Gold: Jack Tan Kongsi Cheah Liek Hou Rasa Gembira Tonton Filem Gold, Harap Dapat Motivasikan Orang Ramai

ARTIKEL BERKAITAN:#Gold: Dapat Sarung Jersi Badminton Rashid Sidek, Farid Kamil Anggap Watak Dalam Filem Satu Penghormatan Besar

ARTIKEL BERKAITAN:#Gold: “Kalau Tak Suka Saya Pulangkan Balik Duit” - Adrian Teh

ARTIKEL BERKAITAN:#Gold: Cheah Liek Hou Imbas Kenangan Bersama Mendiang Bapa, Hempas Pulas Demi Beli Sepasang Kasut Sukan! - "Saya Tak Mampu Balas Balik..."


ARTIKEL BERKAITAN:#Gold: Jack Tan Akui Susah Mainkan Watak Liek Hou, Ambil Masa Enam Bulan Untuk Latihan Badminton


Sementara itu, seorang lagi jaguh badminton para negara Muhammad Fareez Anuar tidak berhasil menghadiahkan pingat selepas tewas dalam aksi perebutan pingat gangsa dalam perseorangan lelaki SU5 (kecacatan fizikal), sebentar tadi.

Fareez yang membuat penampilan sulung di pentas temasya sukan terbesar dunia itu tumpas kepada pemain Indonesia Dheva Anrimusthi 21-17, 19-21, dan 12-21.

Raikan Semangat Kontijen Negara di Sukan Paralimpik Paris 2024 Dengan Menonton Filem 'Gold' di saluran pawagam rumah anda, Astro First.

Filem arahan Adrien Teh ini merupakan filem yang diinspirasikan daripada pemenang pingat emas pertama badminton paralimpik dunia dalam Sukan Paralimpik Tokyo 2020 iaitu Cheah Liek Hou.

Sumber: AWANI
#badminton #Emas #Cheah Liek Hou #Gold #Pingat Emas #Paralimpik Paris 2024 #Jaguh Badminton #Go For Gold