Raikan Wira Wonda Kita! Kongsikan kisah inspirasi wira anda & menangi wang tunai RM10,000

Paralimpik Paris: Liek Hou, Fareez Anuar Menang Aksi Pertama

Gempak
29/08/2024 12:40 MYT

Jaguh perseorangan badminton para negara, Cheah Liek Hou, menepati ramalan memenangi perlawanan pertama kategori SU5 Kumpulan A Sukan Paralimpik Paris 2024, sebentar tadi.

Liek Hou menundukkan perseorangan nombor lima dunia, Bartlomiej Mroz, dalam pertemuan straight set 21-10, 21-6 di Porte de la Chapelle Arena.

Selepas ini, atlet nombor satu dunia itu akan bertemu wakil tuan rumah, Meril Loquette, untuk meneruskan misi pingat emas negara.

Dalam masa sama, meskipun melayakkan diri saat akhir, Muhammad Fareez Anuar mengikuti jejak langkah Liek Hou susulan meraih kemenangan pertama dalam aksi Kumpulan B menentang Fang Jen-Yu (Taiwan) yang merupakan pilihan kedua temasya berprestij itu.

Sumber Stadium Astro

#Paralimpik #badminton #Paris #Menang #Fareez Anuar #Hou #'Liek