Hiburan
"Parang Sudah Mahu Keluar" - Peminat Wanita Puji Badan Sado Zul Ariffin
Demam filem Tombiruo: Penunggu Rimba semakin dirasai apabila pelakon utama filem itu, Zul Ariffin memuat naik gambar yang sempat dirakamkan ketika penggambaran beberapa bulan lalu.
Rata-rata peminat wanita memuji penampilan Zul Ariffin yang tidak berbaju untuk penggambaran filem adaptasi novel tulisan Ramlee Awang Murshid itu.
Foto yang telah dimuatnaik Zul Ariffin di Instagramnya awal pagi tadi mendapat lebih 55,000 likes dan 800 komen daripada peminat setianya.
"Parang sudah mahu keluar!!!" tulis Zul Ariffin berserta tanda pagar #Tombiruo, #PenungguRimba, #SiapaTombiruo dan #NamanyaDigeruni.
Zul mendukung peranan sebagai Ejim iaitu seorang penunggu hutan yang terpisah daripada saudara kembarnya, Amiruddin (lakonan Farid Kamil).
Karakter yang digalas oleh Zul memerlukannya menukar penampilan luar daripada kebiasaan dengan bertopeng, berambut panjang dan lebih banyak menayangkan badan.
"Handsomenya penunggu rimba," tulis @raudhahcikdah.
"Encik Zul kita ni best sangat. Watak apa pun sesuai untuk dia," puji @shuhanimdzain.
"Jangan bah kau tunjuk itu. Gegar sudah iman," tulis @azeera89.
"Cantik badan dah sebaris dengan pelakon luar negara," tulis @rozinadeit.
Filem Tombiruo: Penunggu Rimba akan mula ditayangkan di pawagam seluruh negara mulai esok, Khamis, 12 Oktober 2017.
Selain Zul Ariffin, filem arahan Seth Larney dan Nasir Jani turut dibintangi oleh Nabila Huda, Datuk M. Nasir dan ramai lagi.
Teks oleh: Amri Hassan
Foto: IG @zul_ariffin
Must-Watch Video