Masa Depan, Pilihanmu. Daftar Sekarang!

Paranoid Selepas Pulang Dari Bali & Pulau Langkawi, Riena Diana Kuarantin Diri Secara Sukarela

Zulaikha Yusof
20/03/2020 07:55 MYT
Aktres Riena Diana akui berasa paranoid dengan wabak COVID-19 yang makin berleluasa di negara kita.

Ketika dihubungi Gempak, Riena menyatakan jika berasa kurang sihat dia mula berfikiran negatif kerana persekitaran penggambaran sebelum ini dipenuhi dengan pelancong asing.

"Alhamdulillah saya sihat. Cuma bila terlampau 'overthinking' saya akan jadi paranoid.

"Kadang-kadang macam pening sikit dah paranoid, sesak nafas sikit paranoid. Padahal boleh jadi sebab penat saja.

"Sebab saya tahu penggambaran yang dijalankan di Pulau Langkawi haritu ramai pelancong asing. Saya juga banyak melakukan aktiviti di luar.

"Kebetulan pulak ketika itu saya baru pulang dari Bali. Oleh sebab itu, saya memilih untuk kuarantin diri sndiri dan pihak produksi ada juga meminta saya untuk jalani saringan.

"Jadi sebelum saya kembali ke set penggambaran saya akan lakukan dahulu," katanya.

Tambah Riena yang dikenali dengan watak Laila dalam drama Kampung People, penggambaran program The Sea Season 2 terpaksa ditangguhkan buat seketika.

"Pihak produksi terpaksa menangguhkan bagi mematuhi arahan kerajaan. Banyak lagi belum selesai, dalam 10 episod tapi takpa la kesihatan dan keselamatan perlu diutamakan," katanya lagi.

Sekadar info, Malaysia terpaksa akur selepas kes COVID-19 kini mencecah 900 orang dengan dua rekod kematian.

Daripada jumlah tersebut, seramai 823 orang sedang dirawat di hospital, manakala 75 orang telah pun pulih.

Pastikan anda selalu mencuci tangan, pakai topeng muka, gunakan 'sanitizer', kurangkan aktiviti di luar rumah serta lakukan perkara yang boleh mencegah COVID-19!
#Riena Diana #COVID-19 #Kuarantin
;