HIBURAN
Paranormal 3 Pagi ERA: Roslan Shah Bongkar Sisi Penakut Pak Azad, Radin Sampai Pucat Lesi! 'Gift' Entiti Apa Sebelah Nabil?
Shah Alam menjadi lokasi penuh misteri apabila ERA menganjurkan acara 'Paranormal 3 Pagi' bersama selebriti undangan Roslan Shah atau lebih dikenali sebagai Cik Lan.
Kehadirannya bukan sahaja menambahkan elemen suspens, malah turut mencuit hati penonton dengan gelagatnya yang mencabar rakan selebriti lain.
Bermula jam 11 malam hingga 1 pagi, cabaran itu menampilkan Radin, Nabil dan Pak Azad. Mereka perlu duduk di lokasi yang ditetapkan bersama Cik Lan selama 15 minit.
Cabaran pertama memperlihatkan Radin yang kelihatan resah dengan sikap Cik Lan yang tidak henti bergerak. Situasi menjadi lebih tegang apabila kedengaran bunyi dari hutan berdekatan.
Wajah pucat Radin jelas membayangkan rasa panik, sehingga dia akhirnya menyerah dan meminta cabaran dihentikan lalu tempatnya digantikan oleh Nabil.
Ternyata kemunculan Nabil paling mencuri tumpuan. Selalunya tampil berani dan bersahaja, kali ini sikapnya terbalik apabila dia sendiri ketakutan. Nabil memeluk erat Cik Lan sambil berseloroh dengan lawak spontan yang mengundang tawa penonton.
Lebih menghiburkan, ketika sesi live berlangsung, penonton yang menghantar 'gift' di skrin seolah-olah muncul di sebelah Nabil, namun tiada siapa yang dapat melihat dengan mata kasar.
Giliran Pak Azad pula menambah gamat keadaan. Pak Azad kelihatan lebih tidak tenang, terjerit-jerit seolah-olah diganggu entiti berdekatan.
Lebih melucukan, Pak Azad yang pada awalnya memakai pendakap leher akhirnya menanggalkannya kerana tidak tahan dengan suasana yang semakin menekan.
Walaupun acara ini dijangka dipenuhi elemen seram dan mendebarkan, gelagat Nabil dan Pak Azad menjadikannya satu pengalaman lucu, menghiburkan dan sarat kejutan.
Semua peserta selamat tanpa sebarang insiden yang tidak diingini. Untuk menyaksikan semula aksi penuh “Paranormal 3 Pagi ERA bersama Cik Lan”, orang ramai boleh menontonnya menerusi laman sosial rasmi ERA.Je.
Must-Watch Video