Gara-gara memuat naik foto sikap buruk orang awam, pelakon Catriona Ross dikritik oleh seorang pengikutnya menerusi mesej peribadi akaun Instagram (IG) miliknya.

Pengikut tersebut mengkritik Catriona selepas memuat naik foto sampah di tempat parkir yang dipercayai dibuang oleh orang awam keluar dari kereta mereka berserta kapsyen.

“Malaysians, jangan be so typical ok. Kenapa you all suka kemas kereta kemudian sampah dibuang keluar kereta macam ni eh? Parents you tak ajar or you memang typical Malaysia yang pengotor? Pemalas,” tulis Catriona.

Kemudian seorang netizen terus mengkritiknya di dalam mesej peribadinya merujuk foto tersebut.

“Kau nak koyak kenapa? Bukan buang dalam kereta kau,” kritik netizen tersebut.

Catriona mendedahkan perkara tersebut menerusi paparan skrin yang dimuat naik ke dalam entri di IG.

Catriona kemudian membalas kembali kritikan tersebut di dalam kapsyen di entri tersebut.

“When i posted about #Typical people, memang punggung panas. Tak senang duduk. Faham. Sebab tu ciri-ciri orang bersalah.

“Belajarlah dari kesalahan. Jika kesalahan di dalam gambar itu bukan sampah awak, Jadi jangan ‘tembak’ saya begitu.

“Jangan jadi manusia #Typical please. Belajar, go back to school and learn common sense.

“Siapa perangai sama macam ni angkat tangan? Siapa suka kemas kereta lepas tu kau humban sampah kau kat parking lot and kat jalan raya? Siapa?,” tulisnya.

Entri tersebut bagaimana pun mendapat sokongan rakan artsi serta pengikutnya yang bersetuju dengan pendapat Catriona. Malah ramai yang berang dengan sikap netizennya yang tidak masuk akal.

When i posted about #Typical people, memang punggung panas. Tak senang duduk. Faham. Sebab tu ciri-ciri orang bersalah. Anyhow, like what you were taught in school, learn from your mistakes and if what happened in the picture wasnt your garbage, then bro, dont try to shoot me dude ??? . . Jangan jadi manusia #Typical please. Belajar, go back to school and learn common sense. . Sapa perangai sama macam ni angkat tangan? Sapa suka kemas kereta pastu kau humban sampah kau kat parking lot and kat jalan raya? Sapa??

A post shared by Cat Ross (@catrionabrianross) on