Laman Utama

Paris Hilton Bertunang Dengan Ahli Perniagaan, Besarnya Cincin Lamaran!

gempak
Azwa Rahman
18/02/2021
04:34 MYT
Sponsor Banner
Paris Hilton Bertunang Dengan Ahli Perniagaan, Besarnya Cincin Lamaran!
Selebriti dan sosialit, Paris Hilton bertunang dengan seorang ahli perniagaan, Carter Reum.
Menerusi laman sosial Instagram, Hilton mengumumkan berita gembira itu bersempena ulang tahunnya yang ke-40 pada Rabu.
“Semasa kami berjalan untuk makan malam di sepanjang pantai, Carter membawa kami ke sebuah cabana yang dihiasi bunga dan berlutut. Saya berkata ya, ya selamanya. Tidak ada yang lebih baik yang saya habiskan bersama selama-lamanya,” ujarnya.
Reum menyarungkan cincin bertatahkan berlian yang direka khas oleh Jean Dousset, cucu kepada pencipta barang kemas terkenal, Louis Cartier.
Majlis pertunangan yang diadakan di sebuah pantai peribadi itu turut diraikan bersama keluarga rapat kedua-dua belah pihak.
Tedahulu, Hilton penah bertunang dengan sahabat baiknya pelakon Chris Zylka pada November 2018.
Namun hubungan mereka tidak panjang dan putus di tengah jalan.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Most Wanted Awards 2024