Borak & chill dari isu semasa ke topik viral. Tonton rancangan bual bicara di SeeNI sekarang!
Hiburan

Park Shin Hye Akui Makanan Malaysia Sedap, Paling Suka Nasi Lemak & Sate

Ahmad Shah 20/10/2016 | 03:02 MYT

Pelakon Korea terkenal, Park Shin Hye menyatakan rasa teruja dapat menikmati makanan Malaysia.

Perkara itu diakui oleh Park Shin Hye ketika menghadiri majlis pelancaran kosmetik Mamonde baru-baru ini bertempat di pusat membeli-belah One Utama, Damansara.

Menurut pelakon pelakon berusia 26 tahun ini, dia sempat mencuba beberapa jenis makanan namun tertarik dengan nasi lemak dan sate kerana bersesuaian dengan citarasanya.

“Ini merupakan kali pertama saya datang ke Malaysia dan saya teruja bertemu dengan peminat di sini.

“Selain itu saya telah mencuba beberapa makanan tempatan di sini, rasanya memang sangat sedap!

“Saya paling suka makan nasi lemak dan sate kerana makanan itu menepati citarasa saya.

“Memang seronok bila dapat rasa makanan di sini dan saya akui saya makan dengan banyak,” katanya tersenyum.

Dalam pada itu, Park Shin Hye atau lebih mesra dengan panggilan Shin Hye ini mendedahkan menerima banyak kiriman mesej yang memintanya untuk hadir ke negara ini.

“Sebenarnya, sebelum ini pun saya telah menerima begitu banyak kiriman mesej dan juga komen peminat di laman sosial yang meminta saya untuk hadir ke Malaysia.

“Jadi saya berbesar hati dan bertuah apabila dapat bertemu anda semua di sini.

“Terima kasih kerana hadir untuk bertemu dan memberikan sokongan kepada saya. Tak sabar rasanya untuk datang kembali ke sini,” ujarnya.

Terdahulu, kehadiran Park Shin Hye sememangnya dinanti-nanti kan selepas kedatangan pelakon utama drama Doctors, Kim Rae Won pada 10 Oktober lalu.

Park Shin Hye dan Kim Rae Won merupakan pelakon utama dalam drama tersebut.

Saksikan drama Doctors yang akan ditayangkan dua episod sekaligus bermula 30 October ini, setiap Ahad, jam 12.45 petang di ONE HD (saluran 393).

Teks oleh: Mya Amri
Kredit foto: Malaysia Kpop Fans & Syafiqah Hashim

#Pelakon Korea #Park Shin Hye
;