Pelakon Gemencheh Boys, Aqil Yaya koba dio sendiri tak jangko dapek berlakon dalam filem best ni ha.

Aqil koba, belakon tu takdolah susah bona cumo babak monangih yo payah nak buek sobab eh air mato tak nak keluar.

“Pado den setakat ini takdolah susah bonar. Mungkin sobab berlakon dengan kawan-kawan jadi takdolah raso payah.

“Maso den berlakon tu umur den 12 tahun, jiko melakonkan emosi marah itu pado den okay yo cumo untuk babak monangih tu susah sikit sobab air mato payah nak keluar,” kato eh kepado Gempak.

Oh! Dalam pado itu, Aqil koba dio suko pula berlakon ni, seronok kato eh.

“Den memang ado minat berlakon, tau tak den pernah terfikir kalau ado joki jangan ditolak, den akan buek yang terbaik,” ujarnya.

Filem Gemencheh Boys ni diarahkan oleh pengarah Jason Chong dan dilakonkan oleh Pekin, Aqil Yaya, Syed Ahmad, Ayiet Harith, Kimi Norais, Izzue Deen dan Amir Kuziq sebagai pelakon utamo.

Turut membintangi filem ini Datuk Ahmad Tamimi Siregar, Zaidi Omar, Farah Ahmad, Azman Hassan, Kamal, Rezuan, Ieda Moin dan Arumugam A/L Vedan.

Membabitkan kojosamo Astro Shaw dongan GV Corporate Advisory dan SOL Pictures, Gemencheh Boys ni dah mulo ditayang di pawagam bermulo 26 Oktober 2023.

Apo laie, jangan lupo tengok dokek pawagam yo.