Laman Utama

Paru-Paru Berdarah, Ungku Ismail Dedah Nad Zainal Terpaksa Lalui Prosedur Intubasi - “Doktor Kata Nampak Dia Struggle Untuk Bernafas”

gempak
Asyikin Mayudin
23/11/2022
02:25 MYT
Sponsor Banner
Paru-Paru Berdarah, Ungku Ismail Dedah Nad Zainal Terpaksa Lalui Prosedur Intubasi - “Doktor Kata Nampak Dia Struggle Untuk  Bernafas”
Pelakon Ungku Ismail memberitahu aktres Nad Zainal mula berasa kurang sihat sejak Jumaat lalu dan mengalami kesukaran untuk bernafas sehari selepas itu.
Menurut Ungku, Nad akhirnya mengambil keputusan untuk pergi ke hospital pada Ahad dan keadaan dadanya kembali okay selepas makan ubat yang diberikan oleh doktor.
“Jumaat lepas, dia bangun tidur tiba-tiba rasa nak pitam dan loya tapi tak muntah. Tapi dia pergi set juga, waktu nak solat tu dia kata nak pergi klinik dan doktor cakap hanya acid reflux.
“Jadi, dia hanya makan ubat. Tapi hari mengundi, Sabtu, kami pergi makan, dia mengadu dada rasa ketat, susah nak bernafas… nafas dia berbunyi.
“Esoknya, Ahad, nak pergi set tapi dia tak larat dan terus pergi hospital, doktor bagi ubat dan balik sebab dada dah rasa okay,” kata Ungku kepada Gempak.
Bagaimanapun Nad dikejarkan ke unit kecemasan pada malam Isnin dan doktor mengesahkan paru-parunya dipenuhi darah selepas menjalani imbasan CT.
Selepas selesai membawa keluar semua darah, doktor terpaksa melakukan prosedur intubasi sekitar pukul 6 petang semalam disebabkan Nad berdepan masalah pernafasan.
“Tapi Isnin itu dia dah tak tahan sangat, malam terus pergi jumpa doktor pakar. Masuk unit kecemasan dan bila buat CT scan, doktor sahkan paru-paru penuh dengan darah.
“Terus lakukan prosedur keluarkan semua darah. Alhamdulillah, prosedur itu dah selesai tapi dalam keadaan macam ini, paru-paru masih basah, bernafas pun susah.
“Bila tengok pun sedih juga keadaan dia nak bernafas, doktor kata nampak dia struggle untuk bernafas. Jadi, doktor ambil keputusan lakukan prosedur intubasi sekitar pukul 6 petang semalam.
“Sebab nak pam antibiotik dan ubat untuk pulihkan paru-paru dan badannya. KIta tak nak dia struggle untuk bernafas,” ujarnya lagi.
Memohon doa agar Nad kembali sedar awal dari tempoh 72 jam, Ungku turut berharap tiada pihak yang membuat spekulasi tidak benar mengenai keadaan aktres berusia 32 tahun itu.
“Saya mohon semua orang doakan dia untuk sedar lebih awal. Ikutkan prosedur itu 72 jam tapi sama-sama kita doakan agar Nad sedar dalam masa terdekat ini.
“Doktor masih tidak dapat kesan apa punca paru-parunya berdarah tapi yang pasti bukan disebabkan long covid. Harap semua orang jangan buat spekulasi tidak betul,” katanya.
Terdahulu Nad dilaporkan kini berada di unit rawatan rapi (ICU) di Pusat Perubatan Ampang Puteri, akibat jangkitan kuman di paru-paru.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Non Stop Live