Masa Depan, Pilihanmu. Daftar Sekarang!

"Pasal Lelaki Itu Saya Tak Tahu Apa-Apa" - Abang Farah Kartini

Gempak
16/07/2024 09:33 MYT
“Dia seorang yang ceria dan tak pernah cerita apa-apa masalah,” demikian kata Mohd Farriza Azmi Abdullah, 28, abang kepada arwah Nur Farah Kartini Abdullah, 25, ketika ditemui di Jabatan Forensik, Hospital Sungai Buloh, hari ini.

BERITA TRENDING: Mayat Hampir Reput, Nur Farah Kartini Dipercayai Sudah Meninggal Dunia Beberapa Hari - “Belum Dapat Dipastikan Kecederaan Yang Ada”

BERITA TRENDING: Berang Diugut Dedah Hubungan Sulit Dengan Isteri Disyaki Punca Nur Farah Kartini Dibunuh

BERITA TRENDING: Suspek Bunuh Farah Kartini Adalah Teman Lelaki, Seorang Anggota Polis

BERITA TRENDING: Sahabat Baik Nafi Nur Farah Kartini Ikut Teman Lelaki Ke Thailand - “Kalau Tak Ada Benda Baik Nak Cakap Better Jangan, Boleh Guris Hati Keluarga”


Menurutnya lagi, dia juga tidak mengetahui apa apa maklumat mengenai lelaki yang direman pihak polis, hari ini.

“Pasal lelaki itu saya tak tahu apa-apa.

“Kali terakhir arwah pulang ke Sarawak, Hari Raya hari tu. Dia rapat dengan semua orang terutama mak dan semua abang-abangnya.

“Dia sangat baik dan dia datang ke sini pun bekerja untuk membantu keluarga di kampung,” katanya yang masih terkejut dengan penemuan mayat adiknya yang juga anak bongsu daripada tujuh beradik itu.

Sementara itu, kakak ipar mangsa, Syeril Norsyuhada Suhaimi, 29, berkata buat masa ini mereka hanya menunggu laporan forensik daripada pihak polis berhubung kes berkenaan.

Beliau dalam pada itu berharap orang ramai termasuk pihak media tidak mengeluarkan apa-apa kenyataan yang boleh mengguris hati keluarga.

Sumber: Buletin Utama
#Viral #Kekasih #Bunuh #Abang #Polis #Sarawak #UPSI #Sungai Buloh #Farah Kartini
;