“Pasal Putus Hubungan Disebabkan Ibu Dia Juga” - Ex Influencer ‘Tebuk Quran’
Firdaus
31/05/2024 13:47 MYT
31/05/2024 13:47 MYT
Wanita yang mendakwa dirinya bekas kekasih kepada pempengaruh Islamik popular mendedahkan yang dia tidak pernah berniat untuk menjatuhkan reputasi influencer tersebut.
“Saya tak pernah terniat nak menjatuhkan dia, saya cuma nak bagi pengajaran supaya dia tak gunakan content agama dia untuk memikat perempuan.
“Saya tak nak orang terpancing dengan content dia. Kalau saya nak jatuhkan dia daripada awal lagi saya dah buat, tapi tidak. Sebab benda ni dah melampau!” katanya ketika dihubungi Gempak.
“Pasal putus hubungan disebabkan ibu dia juga. Takkan kita nak teruskan dengan mak mentua kita macam tu kan.
“Kita nak kahwin ni bukan kita nak kahwin dengan dia seorang, kita kena kenal juga ibu dengan ayah dia macam mana,” ujarnya.
Tak Ada Niat Rosakkan Reputasi
Menurut wanita yang dikenali sebagai Atyka itu, dirinya hanya membuat pendedahan tentang lelaki itu kerana tidak mahu wanita-wanita lain menjadi mangsa gangguan pempengaruh tersebut.“Saya tak pernah terniat nak menjatuhkan dia, saya cuma nak bagi pengajaran supaya dia tak gunakan content agama dia untuk memikat perempuan.
“Saya tak nak orang terpancing dengan content dia. Kalau saya nak jatuhkan dia daripada awal lagi saya dah buat, tapi tidak. Sebab benda ni dah melampau!” katanya ketika dihubungi Gempak.
“Pasal putus hubungan disebabkan ibu dia juga...
Atyka atau nama sebenarnya Nur Atyka Jalil, 24, tidak menafikan hubungannya dengan influencer berkenaan berakhir bukan sahaja kerana kontroversi yang terpalit tetapi juga disebabkan kritikan ibu lelaki berkenaan terhadap dirinya.“Pasal putus hubungan disebabkan ibu dia juga. Takkan kita nak teruskan dengan mak mentua kita macam tu kan.
“Kita nak kahwin ni bukan kita nak kahwin dengan dia seorang, kita kena kenal juga ibu dengan ayah dia macam mana,” ujarnya.
BERITA TRENDING: Pempengaruh Popular Didakwa Buat Gangguan Seksual? Caprice Kongsi Screenshot Dari Mangsa
Sementara itu, disoal tentang personaliti pempengaruh berkenaan semasa mereka bercinta, Atyka memberitahu influencer tersebut berperwatakan suka mengusik (flirty).
Sekadar info, Atyka sebelum ini pernah memuat naik sijil kursus kahwin bersama influencer itu sebagai bukti bahawa mereka pernah menjalinkan hubungan.
Selain itu, Atyka turut memuat naik tangkap layar perbualan antara pempengaruh berkenaan dengan ibunya yang mengkritik tentang fizikalnya.