Penyanyi Fynn Jamal mengakui bahawa media sosial hanyalah sebagai satu tempat eskapisme (hayalan untuk lari dari dunia nyata) buat dirinya sahaja.

Menurut Fynn, pendekatannya itu secara tidak langsung membuatkan ada pihak yang menyalah tafsir hubungannya dengan ahli keluarga lain apabila jarang melihat gambar mereka di platform media sosialnya.

"Aku ni kalau tengah berborak ke, keluarga datang ke, kawan bertandang ke, telefon memang hilang. Aku tak peduli.

"Itu yang susah nak nampak ada orang lain di Instagram ni. Ada, tapi jarang sangat, itupun kalau teringat.

"Agaknya pasal itulah orang fikir aku tak rapat dengan abah kot, atau adik-beradik atau keluarga aku sebab jarang nampak. hahaah. Apa bendelah," kongsinya menerusi satu entri di Instagram.

Kata Fynn lagi, atas sebab itu jugalah, rata-rata gambar anak dan suaminya juga sering dalam keadaan diri mereka sedang tidur di Instagram.

"Siapa perasan aku suka ambik gambar suami atau anak-anak waktu tidur? Dari dulu lagi. Cuma sekarang dah tak berapa upload sebab suami pernah cakap agaknya orang fikir dia kerja tidur sahaja di rumah sebab aku asyik kongsi gambar dia tido.

"Dah waktu tidur atau bersendirian tanpa aktiviti sahaja pegang telefon, ambil gambarlah," jelasnya.

siapa perasan aku suka ambik gambo suami / anak2 time tido? dari dulu lagi. cuma skang dah tak berapa upload sbb suami pernah cakap agaknya org pikir dia kije tido je kat rumah sbb aku asyik share gambo dia tido. haahahaah. . tah pape kan? . dah time tido / bersendirian tanpa aktiviti je pegang fon. amik gambo laaa. aku ni kalau tgh berborak ke, famili datang ke, kawan bertandang ke— fon mmg hilang. aku tak dulik. tu yang susah nak nampak ada org lain kat ig ni. ada, tapi jarang sgt. itu pun kalau teringat. hahah. . agaknya pasal tu la org pikir aku tak rapat dgn abah kot. atau adik badik. atau famili aku. sbb jarang nampak. hahaah. amende la. . social media dah jadi realiti kot utk sesetengah org. mcm perlu sgt pembuktian dgn apa kita upload, apa kita follow, apa kita check in. . utk aku, sosmed ni escapism je. dan seperti mana2 escapism pilihan kita yg lain— always temporary dan apa yg kita share semuanya selected memory. . how do people let this fanaa be their ultimate life..? gilo. . online presence tidak sepenting being present. org depan mata biar dia betul2 depan mata. jangan ada skrin di antara mata kita dgn mata dia. talk to people. melalui mata dia untuk sampai ke hati dia. . itu apa yg aku pegang la. . org dah ada effort utk berada depan kita. raikan dgn keberadaan kita. . ni tak. sosmed kemain bestie sesama famili. tapi masa makan semua sunyi. hidup banyak rahsia. wujud sekadar surface. . life amende. . pastu bila tgk life org hambar je macam sosmed dia— kita decide nak kesiankan dia. sbb tak nampak. sbb kalau hepi, kaya, berjaya kena tunjuk. baru nak percaya. . god. why la so insecure.

A post shared by فصبر جميل (@fynnjamal) on


Pada masa sama, Fynn akui masyarakat sekarang ada yang menjadikan media sosial sebagai satu hal yang realiti.

Lebih membimbangkan apabila ada yang cuba menilai kehidupan seseorang berdasarkan apa yang dipaparkan di media sosial sahaja.

"Media sosial dah jadi realiti kot untuk sesetengah orang. Macam perlu sangat pembuktian dengan apa kita upload, apa kita follow, apa kita check in.

"Online presence tidak sepenting being present. Orang depan mata biar dia betul-betuk depan mata. Jangan ada skrin di antara mata kita dengan mata dia. Bercakap dengan orang melalui mata dia untuk sampai ke hati dia," katanya.

"Lepastu, bila tengok kehidupan orang hambar je macam media sosialnya, kita putuskan nak kesiankan dia sebab tak nampak kerana kalau gembira, kaya, berjaya kena tunjuk, baru nak percaya," luahnya.

Fynn mempunyai lebih 1.2 juta pengikut di Instagram.