,
Laman Utama

Pasang Impian Jadi Penari Balet & Bekas Juara Miss Malaysia, Jom Semak Fakta Menarik Tentang Michelle Yeoh, Pelakon Asia Pertama Menang Oscar!

Shahrin Zulkifle
21/03/2023
06:00 MYT

Kejayaan pelakon Hong Kong kelahiran Malaysia, Tan Sri Michelle Yeoh yang berjaya merangkul anugerah Pelakon Wanita Terbaik pada Anugerah Akademi (Oscar) Ke-95 menjadi kebanggaan negara.

Michelle berjaya membawa pulang trofi tersebut menerusi lakonannya dalam filem Everything Everywhere All at Once.

Kejayaan tersebut sekali gus mencipta sejarah apabila anak kelahiran Ipoh, Perak itu menjadi pelakon Asia pertama yang memenangi Oscar.

Mungkin ada di antara kita yang masih belum tahu mengenai latar belakang Michelle Yeoh, oleh itu jom Gempak kongsikan kepada anda beberapa trivia menarik mengenai aktres berusia 60 tahun itu.

#1. Impian menjadi penari balet musnah

Michelle Yeoh pada usia kecil sudah memasuki kelas balet dan mula belajar balet pada usia empat tahun. Selepas berpindah dari Malaysia ke United Kingdom bersama ibu bapanya, dia memutuskan untuk mendaftar di Royal Academy of Dance di London.

Bagaimanapun, berlaku kecederaan pada tulang belakang Michelle sehingga memaksa untuk dia meninggalkan impiannya untuk menjadi ballerina profesional. Dia kemudian meneruskan seni kreatif dan drama.

#2. Juara Miss Malaysia

Pada tahun 1983, ketika berusia 21 tahun, Michelle Yeoh telah memenangi gelaran Miss Malaysia World 1983. Dengan kejayaan tersebut, beliau berjaya mewakili Malaysia ke pertandingan akhir Miss World pada tahun sama yang diadakan di London.

#3. Belajar martial art sendiri

Yeoh mendapat kejayaan besar apabila dia memegang watak utama dalam filem Hong Kong 1985 berjudul Yes, Madam.

Menurut Business Today, dia dikatakan tidak mempunyai latihan seni mempertahankan diri formal dan melakukan semua aksinya sendiri di dalam filem. Michelle difahamkan hanya berlatih di gim bersama bintang aksi seperti Dick Wei dan belajar bergerak semasa di set.

Sebahagiannya mungkin disebabkan latar belakangnya dalam balet. The Hollywood Reporter menyatakan bahawa dia berasa paling selesa dalam filem aksi, kerana dia melihatnya "seperti karya tarian besar".

#4. Darjah kebesaran

Pada 19 April 2001, Michelle dikurniakan Darjah Datuk Paduka Mahkota Perak oleh Sultan Perak Sultan Azlan Shah atas sumbangannya mengharumkan nama negeri kelahirannya.

Selain itu, pada 2007, Presiden Perancis Jacques Chirac mengurniakan Michelle pangkat Chevalier (Kesateria) dan kemudian dinaikkan pangkat kepada gelaran Pegawai oleh Nicholas Sarkozy pada 2012.

Setahun kemudian beliau dikurniakan darjah Panglima Setia Mahkota sempena hari keputeraan Yang di-Pertuan Agong Sultan Tuanku Abdul Halim Mu’adzam Shah. Kurniaan tersebut memberi gelaran Tan Sri kepada beliau.

Sumber gambar: Daily Mail, Thailand-beauty Pageant, Michelle Yeoh Instagram, Awani
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Sukan

Tumpaskan Lawan Dalam Tempoh 3 Minit, Jojo Ghazali Bawa Pulang Bonus ASD50,000

gempak
07/09/2024
02:05 MYT
Bintang Muay Thai meningkat naik, Johan 'Jojo' Ghazali Zulfikar, menepati ramalan apabila menumbang Josue Cruz di pusingan pertama saingan One FC 168 di Denver, Kanada.
Viral

Nani Roslan Jadi Emosi Baca Komen Ibu Bapa Pertahankan ‘Abang Bas’ - “Berapa Ramai Rakyat Malaysia Yang Mempunyai Nafsu Terhadap…”

gempak
07/09/2024
01:55 MYT
Pempengaruh dan personaliti Nani Roslan meluahkan rasa berang apabila dia membaca komen reaksi segelintir ibu bapa menyokong video konten ‘Abang Bas’ yang tular di TikTok.
Hiburan

“Saya Hanya Idamkan Trofi Oscar, Itu Impian Saya” - Meerqeen

gempak
06/09/2024
05:57 MYT
Pelakon, Meerqeen tidak melihat anugerah sebagai pengukur kejayaan dalam kariernya.
Terkini

Hantaran Di IG Astro Malaysia Digodam & Tiba-Tiba Jadi Kabur... Apa Dah Jadi Ni?

gempak
05/09/2024
10:18 MYT
Sempena minggu akhir drama Dari Mata Turun ke Hati, Astro Malaysia telah memuatnaik 9 video memaparkan sedutan drama tersebut di Instagram.
Berita

“Terima Kasih Malaysia Atas Bantuan, Sokongan Diberikan” - Warga Palestin

gempak
05/09/2024
05:25 MYT
"Terima kasih kepada rakyat Malaysia atas bantuan dan sokongan yang diberikan kepada rakyat Palestin", kata Banan Salmi Ahmad Abu Ratimah, 28, ketika ditemui di Hospital Angkatan Tentera (HAT) Tuanku Mizan, Kuala Lumpur.