VIRAL

Pasangan Banduan Kerat & Simen Mangsa Mogok Makan, Hanya Mahu Dadah

Maliah Surip 23/03/2025 | 14:09 MYT
Pasangan kekasih yang kini ditahan di Penjara Meerut di India selepas membunuh seorang lelaki dengan kejam kini melancarkan mogok lapar.
Muskan Rastogi dan Sahil Shukla, malah hanya mahu makan sekirang diberikan dadah, lapor Hindustan Times.
Kedua-duanya dilaporkan sebagai penagih tegar sehingga tidak boleh ‘hidup’ tanpa dadah. Oleh yang demikian pihak penjara mengambil langkah berjaga-jaga kerana bimbang mereka melakukan tindakan di luar kawalan.
Menurut laporan sama, Muskan jatuh sakit pada hari pertama dimasukkan ke penjara kerana masalah ketagihan dadah. Sahil kemudian mula menunjukkan simptom kegelisahan yang teruk juga kerana tidak dapat dadah.
Muskan dan Sahil kemudian diketahui sebagai penagih dadah tegar yang mengambil Marijuana dan Morphins secara suntikan.
Terdahulu Muskan dan Sahil ditangkap selepas membunuh suami kekasihnya, Saurabh dengan kejam pada 4 Mac lalu.
Menerusi kronologi kes, mereka telah menikam Saurabh sebelum mengerat anggota badannya menjadi kepada beberapa bahagian. Mayat mangsa kemudian dimasukkan ke dalam tong dram dan diisi simen sebelum dibuang untuk menghapuskan bukti.
Suspek kedua-keduanya berusia 27 tahun kemudian melarikan diri ke Himachal Pradesh. Sepanjang di sana pasangan kekasih itu dilihat meraikan percintaan mereka dengan menyambut perayaan Holi, memotong kek dan berfoto berlatar belakang salji.
Mereka kemudian kembali ke Meerut pada 17 Mac sebelum ditangkap.