Pasangan Berusia 60-an Ini Memandu Dari Shah Alam Ke Makkah Untuk Tunai Haji

Kamaruddin Razal
Julai 20, 2019 12:45 MYT
Nama pasangan suami isteri dari Shah Alam, Selangor, Adnan Abdullah, 66, dan Hadibah Idris, 64, menjadi bualan warganet semenjak semalam.
Semuanya gara-gara misi mereka untuk menunaikan ibadah haji di Tanah Suci Makkah dengan memandu kenderaan sendiri dari Malaysia.
Menerusi laporan NST, mereka yang mempunyai lima orang anak menggunakan sebuah kenderaan Ford Ranger 2.5 WLT yang telah melalui proses ubah suai.
Memandu secara purata sejauh 500 kilometer sehari, pasangan ini telah melalui negara Thailand, Myanmar, India, Nepal dan Pakistan telah memulakan perjalanan pada 2 Mei lalu dan dijangka tiba di Tanah Suci Makkah pada Ogos depan.
Menerusi pemerhatian Gempak di laman Twitter, warganet memuji usaha gigih pasangan ini dan berdoa agar perjalanan mereka dipermudahkan.
Anda boleh lihat respon warganet di bawah:

En Adnan Abdullah (66 tahun) & isterinya Puan Hadibah Idris (64 tahun) travel dr Shah Alam ke Mekah drive modified Camper Ford Ranger pergi menunaikan haji. Salute ? Credit : FB pic.twitter.com/iPiXWwlR1R

— admin | twtshahalam (@twtshah_alam) July 20, 2019
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.

Semoga dipermudahkan perjalanan tuan dan puan

— PMKnFHonTOUR (@PMKnFHonTOUR) July 20, 2019
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.

Wow good job sir and maam!?

— Teh Ais (@AznieRshid) July 20, 2019
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.

Ni la nikmat pencen yg sebenar selepas seumur hidup bekerja. Dapat pula pasangan yang macam ni. Pasangan warga emas Adnan Abdullah (66tahun) & isteri Hadibah Idris (64tahun) yg travel dari Shah Alam ke Mekah dengan memandu (Ford Ranger yang diubahsuai) untuk menunaikan HAJI. pic.twitter.com/jm3e354qae

— Izhar Fahmie (@izharfahmie) July 20, 2019
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.

Kedua2 pasangan ini adalah pesara Lecturer, memandu sejauh 12,554km dan melalui 8 negara. Dan bertolak semenjak 2 Mei yang lepas... Lepas musim Haji, mereka akan ke North Africa dan Europe. Semoga dipermudahkan segala urusan sepanjang perjalanan pergi dan balik aunty n uncle.

— Izhar Fahmie (@izharfahmie) July 20, 2019
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.

Tengok pasangan ni terbayang diri sendiri dengan jodoh ku nanti .. Moga uncle and aunt have a great trip. Hace fun and enjoy yourselves. Great inspiration to the young ones.

— Izhar Fahmie (@izharfahmie) July 20, 2019
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
#Viral #Viral