Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah dan Raja Permaisuri Agong Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah menyambut ulang tahun perkahwinan yang ke-35 pada hari esok.

Menerusi laman sosial Instagram, Tunku Azizah memuat naik sebuah video sewaktu majlis perkahwinan baginda berdua untuk tatapan umum.

Malah, Tunku turut berkongsi beberapa keping foto majlis doa selamat dan kesyukuran bagi meraikan ulang tahun perkahwinan ke-35.

“Alhamdulillah. Majlis doa selamat dan syukur bagi menyambut ulang tahun perkahwinan kami yang ke 35M/36M,” tulis Tunku Azizah menerusi ruangan kapsyen.

A post shared by Azizah Mahmood Iskandar (@airtangan_tunkuazizah)

Menerusi perkongsian video berdurasi satu minit itu, majlis pernikahan yang dilaksanakan dengan penuh istiadat itu turut disiarkan sebagai dokumentari khas 35 Tahun Menyulam Kasih: Dari Polo ke Peterana di TV1 pada Sabtu pukul 9 malam.

Meninjau ke ruangan komen, rata-rata wargamaya teruja melihat video majlis perkahwinan pasangan Diraja itu tampil kacak dan jelita.

“Cantiknya Tunku. Semoga Tunku berdua sentiasa dalam lindungan dan rahmatNya,” komen seorang wargamaya.

“Alhamdulillah Tunku, romantik couple,” puji seorang wargamaya.

“Ampun Tuanku, cantiknya! Tak sabar nak tengok dokumentari hari Sabtu ni,” kata seorang wargamaya.

“Cantiknya baju pengantin Tunku. Crown tu pun cantik,” tulis seorang wargamaya.

“Happy anniversary Tuanku. Semoga Tuanku berdua terus berkasih sayang hingga ke jannah,” ucap seorang wargamaya lagi.

Sekadar info, Yang di-Pertuan Agong dan Raja Permaisuri Agong telah diijabkabulkan pada 6 Mac 1986 di Istana Bukit Serene, kediaman rasmi Sultan Johor.