GAYA HIDUP
Pasangan Suami Isteri Empat Kali Juara Pertandingan Motorhome & Campervan Merdeka
Bertemakan hiasan yang memaparkan sambutan Hari Kemerdekaan telah membolehkan pasangan suami isteri Haji Azman Hanif dan isteri, Hajjah Nor Azmah Mat Perak bergelar juara buat kali keempat dalam pertandingan Motorhome & Campervan Merdeka yang berlangsung di @Galleria SA Sentral, Shah Alam baru-baru ini.
Pengurus Projek Jom Havoc Event & Management, Norazira Mohamed berkata, Pertandingan ini merupakan salah daripada aktiviti sempena sambutan Hari Kemerdekaan @Galleria SA Sentral, Shah Alam yang bertemakan SA Merdeka Vibes.
“Pertandingan Motorhome & Campervan Merdeka ini adalah matlamat Galeria SA Central sebagai platform menghubungkan komuniti dengan gaya hidup motorhome dan campervan yang semakin popular di kalangan masyarakat Malaysia.
“Acara-acara yang kita buat ini bukan nak mempamerkan kenderaan semata-mata tapi kita nak jadikan ia sebagai medan pertemuan bagi mereka yang meminati aktiviti luar, percutian keluarga dan perjalanan bebas merentasi destinasi menarik.
“Walaupun mereka hanya parkir di Galleria, pusat bandar tapi mereka masih lagi boleh menikmati suasana alam sekitar dan pemandangan menarik di Galeria sendiri. Matlamat utama Galleria SA Central menganjurkan acara ini adalah bagi menghidupkan suasana komuniti, untuk menjadikan Galleria SA Central sebagai pusat aktiviti yang mengumpulkan penduduk setempat dan kawasan sekitar melalui program santai dan mesra keluarga," katanya.
Tambah Norazira lagi, Ini adalah pertama kali, kita bawa lebih 60 buah motorhome dan campervan masuk ke dalam bandar.
“Sebelum ni kita buat di Wetland, Dengkil bagi percutian dalam suasana hutan. Bagi kami, inilah cara untuk memperkenalkan konsep pelancongan alternatif, jadi orang ramai boleh mengenali cara baru untuk bercuti, fleksibel, kreatif dan lebih dekat dengan alam semula jadi.
“Sambutan daripada peserta dan pengunjung yang datang agak memberangsangkan dan ini secara tidak langsung membuatkan kami berasa sangat teruja. Kami pun tak sangka boleh bawa Motorhome & Campervan sebanyak ini di dalam pusat bandar dan berkhemah di dalam pusat bandar sendiri.
“Selain itu, ia bagi menyokong aktiviti ekonomi tempatan untuk usahawan kecil menjual makanan, minuman dan memasarkan produk mereka," tambahnya.
Selain pertandingan Motorhome & Campervan, bagi memastikan semua orang memiliki gaya hidup sihat, hubungan kekeluargaan yang erat serta keluarga bahagia, membuatkan penganjur Jom Havoc Event & Management turut mengadakan pelbagai aktiviti sukan rakyat dan aktiviti luar yang sesuai untuk semua lapisan masyarakat.
Acara yang berlangsung selama dua hari ini turut menampilkan permainan tradisional congkak, pertandingan mewarna, tarik tali, lari dalam sarong, makan tembikai suami isteri dan lain-lain lagi.
Menurut Norazira lagi, pertandingan ini lebih kepada aktiviti santai dan seronok-seronok sahaja.
“Walaupun hadiahnya tidak seberapa namun saya bangga sebab komitmen dan kerjasama yang semua peserta berikan. Kami nak semua yang hadir bergembira dan kami akan pliih mereka yang paling aktif untuk menang.
“Selepas ini untuk bulan Merdeka ini kita juga akan menganjurkan program Merdeka Treasure Hunt pada 16 Ogos ini serta beberapa aktiviti komuniti dan kekeluargaan. Manakala pada 25 Ogos pula ada Persembahan Tarian Bersama Noraniza Idris dan Pertandingan Tarian Warisan.
“Hari terakhir pada 30 Ogos pula sempena menunggu malam merdeka akan berlangsung pelbagai aktiviti di sini antaranya Kopuji X Pesta Buku, maksudnya kopi dan pesta buku Pesta Buku, Quran hour dan macam-macam lagi.”
Bagi yang berminat ingin mendapatkan perkhidmatan Jom Havoc Event & Management bagi menyemarakkan tempat anda sila hubungi Lila di talian 016-556-3608.
Kini perkhidmatan Jom Havoc Event & Management mengendalikan food bazaar di Skyluge Rawang dan bakal menguruskan foodcourt MSU Seksyen 13, mulai September ini.
Bercerita lanjut, ujar Norazira lagi; “Harapan saya satu untuk memberi peluang peniagaan kepada usahawan. Jadi bila kita ada event, kita boleh bagi peluang kepada usahawan kita untuk berniaga dengan bayaran yang berpatutan.
“Manakala vendor atau usahawan asnaf ke atau mereka yang baru berniaga, memang tak punya modal, kita akan bagi tapak secara percuma. Kami buat begini sebab ingin menjadikan syarikat kami sebagai satu platform di mana semua peniaga boleh bernaung di bawah kita dan jana pendapatan bersama-sama kami.”
Must-Watch Video